Home » » Al-quran benarkan kami berdakyah agama kristian pada umat islam tetapi perundangan di malaysia jadi batu penghalang - Ahli Majlis DAP

Al-quran benarkan kami berdakyah agama kristian pada umat islam tetapi perundangan di malaysia jadi batu penghalang - Ahli Majlis DAP

SEBERANG PRAI: Al-Quran membenarkan golongan bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada umat Islam namun perundangan Malaysia menjadi batu penghalang, dakwa Pastor Joshua Woo Sze Zeng dalam tulisannya yang disiarkan dalam portal The Malay Mail Online dan Free Malaysia Today semalam. 



Ahli gerakan dakyah Kristian antarabangsa World Reformed Fellowship (WRF) ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Divinity daripada Trinity Theological College di Singapura dan pernah berkhidmat sebagai pendakyah agama Kristian dan mengetuai program latihan bagi kader-kader penggerak dakyah Kristian dari pelbagai gereja di Singapura.

Beliau kemudiannya ditawarkan jawatan sebagai pegawai khas Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ahli Majlis DAP bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam masa yang agak singkat.

Menafsirkan terjemahan ayat al-Quran yang berbunyi “Untukmu agamamu, dan untukku agamaku” (al-Quran 109:6), pendakyah agama Kristian itu menegaskan bahawa penganut Kristian sepatutnya perlu dibenarkan untuk berdakyah kepada umat Islam Malaysia kerana itu merupakan tuntutan agama mereka.

Beliau berkata, “Sekiranya ajaran al-Quran tentang saling menghormati amalan-amalan agama dipenuhi, tentulah hak golongan bukan Islam untuk berdakyah kepada umat Islam dipertahankan sebagaimana hak orang Muslim untuk berdakwah kepada Kristian dipertahankan. Memandangkan ‘Untukmu agamamu, dan untukku agamaku’.”

“Tetapi ini bukan seperti di Malaysia di mana golongan majoriti mempunyai penguasaan dominasi terhadap minoriti dan oleh itu, yang dipertahankan cuma hak umat Islam untuk berdakwah terhadap golongan bukan Islam. Pendakyahan golongan bukan Islam terhadap umat Islam adalah suatu jenayah,” menurutnya lagi.

Sebelum ini, dalam laman blognya beliau pernah menuduh sistem pendidikan negara sendiri sebagai ancaman bagi agama Islam di samping menyenaraikan pelbagai hujah-hujah termasuk daripada hadis Nabi yang membenarkan umat Islam untuk murtad tanpa dijatuhkan sebarang hukuman. Menurut beliau, “Saya bukan mengkritik Islam di sini, tetapi bertujuan untuk menunjukkan bagaimana agama yang hebat ini disalahgunakan, dimanipulasi dan diputarbelitkan oleh sebilangan orang yang mengaku mempertahankan Islam. Mereka tidak mempertahankan apa-apa melainkan agama sektarian mereka sendiri.”

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment