Home » » Hantu raya yang dibela tuan rumah menyerupai Suami Awak dan lakukan perkara-perkara itu

Hantu raya yang dibela tuan rumah menyerupai Suami Awak dan lakukan perkara-perkara itu

Pernah duduk rumah sewa yang berhantu? Perkara biasa yang akan dilakukan oleh pasangan suami isteri yang baru berkahwin adalah mencari rumah sewa untuk tinggal. Di awal perkahwinan pasti tidak semua pasangan berkahwin mampu membeli barang kelengkapan rumah yang cukup.



Begitu juga yang dilakukan oleh pasangan ini, mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga pada Mei 2013. Selepas berkahwin niat untuk mencari rumah sewa telah dibantu rakan suami mendapatkan rumah sewa pangsa 4 tingkat yang mempunyai 2 bilik terletak di Tg. Tokong Pulau Pinang.

Segala urusan dengan tuan rumah telah selesai dan pasangan ini membuat bayaran pendahuluan. Tuan rumah tinggal di Kuala Lumpur dan rakannya yang berada berdekatan menguruskan rumah sewa itu. Pasangan ini mendapat tahu rumah itu sebelum ini telah disewa oleh sepasang suami isteri. Isteri berkerja sebagai nurse dan suami bekerja sebagai tentera.

Mereka tidak tinggal menyewa lama tetapi hanya sempat menyewa selama 3 bulan. Punca dan mengapa pasangan suami isteri itu berpindah tidak pulak dimaklumkan tuan rumah.

Apabila melangkah masuk ke rumah itu, rumah itu lengkap keperluan rumah seperti set meja makan, sofa, mesin basuh, dan rangka katil. Tetapi, pasangan ini agak terkejut apabila melihat keadaan rumah itu sangat teruk busuk, kotor, hapak dan kelihatan bersawang padahal pasangan menyewa sebelum ini baru seminggu sahaja pindah.

Tanpa memikirkan perkara negatif, pasangan suami isteri ini memulakan tugas untuk mencuci dan mengemas rumah mereka. Dimulakan dari bahagian dapur sehinggalah ke ruang tamu dan masuk ke bilik utama.

Tiba­-tiba sedang menyapu dibawah katil secara tidak sengaja isterinya menjumpai sebuah kotak kayu bersaiz sederhana kecil. Terdapat 5 naskhkah buku Surah Yasin dan seikat (bunjut) kecil kain kuning bersama buku Yasin. Tanpa memikirkan apa-apa wanita ini telah mengubah kotak kau tersebut dengan niat kitab suci perlu disimpan rapi.

“Kejadian pertama mula menguasai kami di malam pertama kami tinggal di rumah itu. Tika jam menunjukkan 10 malam, kami berdua melelapkan mata di ruang tamu sahaja memandangkan kami belum lagi mempunyai barangan perabot yang lengkap. Sedang kami nyenyak tidur, kedengaran bunyi kaca jatuh berderai. Lantas suami bangun dan membuka lampu.”

“Rupanya cermin kecil yang terlekat di dinding dapur jatuh, dan yang anehnya cermin kaca itu hanya terbelah dua di tengah, dan bukan berkecai seperti sangkaan kami. Adakah itu satu amaran untuk kami? Kejadian kedua berlaku selepas 2 minggu kejadian cermin pecah dimana usai solat Isyak, kami melelapkan mata sehingga satu masa. Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi. Sedang saya tidur membelakangi suami, saya mengiring ke arah meja makan. Tiba­-tiba saya terpandang suami sedang duduk di kerusi tersebut sambil memandang tepat ke arah saya tanpa lampu dibuka. “Abang buat apa tak tidur lagi? minum air ka?”

“Tanya saya yang sedang lali, ‘suami’ saya hanya mendiamkan diri lalu saya pusing seiring kearah tempat tidur suami dan alangkah terkejut saya yang suami sedang nyenyak tidur disebelah saya. Dalam keadaan takut dan terkejut saya menangis sambil menekup bantal dimuka.”

“Kenapa menangis tengah malam ni?” sapa suami tiba-tiba terkejut dengan keadaan saya. Saya hanya mendiamkan diri sehingga subuh menjelang. Siapakah yang merenung saya tengah malam itu? Kejadian terakhir sepanjang kami tinggal disitu, apabila suatu pagi, kami sedang sarapan jam 8 pagi. Tiba-tiba kami didatangi makcik dari jiran tingkat bawah yang sedang marah dan meluru datang ke rumah kami.”

“Ni hampa ni tak dak kerja ka malam-malam dok tolak kabinet, bising-bising kat rumah ni?? Kami dok bawah hampa ni ganggu tau dak?” Marah makcik tu kepada kami suami isteri.

“Bila kami tolak kabinet makcik, kami pon baru balik keja pagi ni”, balas suami. Selepas kejadian itu, saya menjadi pendiam dan jarang bergaul walaupun dengan ibu bapa, kemungkinan dari kejadian pelik yang sering berlaku,” tulisnya.

Sejak itu ibu wanita ini seperti tahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada anaknya sejak pindah ke rumah baru itu. Ibu wanita itu mencadangkan mereka untuk keluar dari rumah itu dan menyewa di rumah lain.

Setelah selesai pindah keluar, ibu wanita itu memberitahu mereka bahawa rumah yang kami tinggal tersebut sebenarnya di jaga oleh ‘penjaga’ Tuan Rumah berkemungkinan hantu raya. Oleh yang demikian, ‘penjaga’ itu berani menyerupai suaminya.

Selepas menyerupai suami, ‘penjaga’ itu membuat selerak didalam rumah sebelum orang lain menyewa, sebab itu semasa pertama kali mereka memasuki rumah itu, mereka berasa seperti ramai yang menghuni rumah itu. Tambahan pula semasa hendak mengemas rumah, wanita itu telah mengubah kedudukan kotak kayu tersebut, kemungkinan kotak kayu itu telah dipagar sebelumnya. Apabila “tempat asal” penjaga tersebut diubah, maka amaran-amaran yang tidak diingini berlaku.

Nasihat ibu wanita itu jangan pernah sesekali mengubah kedudukan benda pelik dan aneh seperti kejadian kotak kayu dan jangan diami rumah yang telah siap barang perabot. – MissA/UtaraNews.com

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment