Home » » ibu pelakon Yana Zein kecewa jenazah anaknya dikebumikan tanah perkuburan islam yang tidak terurus dan tidak jaga kebersihan

ibu pelakon Yana Zein kecewa jenazah anaknya dikebumikan tanah perkuburan islam yang tidak terurus dan tidak jaga kebersihan

SUKAR sebenarnya mahu menterjemahkan apakah pengajaran yang ditemui dalam kejadian selepas jenazah pelakon Yana Zein, 47 tahun dikebumikan.


Saat dia disahkan meninggal pada tanggal 1 Jun lalu, sehingga ke hari ni kemelut yang berlaku di hari pengebumian masih diperkatakan. Cerita panas belum selesai dengan tertanamnya jasad aktres itu ke liang lahad.

Yana merupakan pelakon popular sejak tahun 1980-an, namun beberapa tahun ke belakangan ini, wajahnya sudah jarang muncul dek kerana menghidap kanser payu dara. Terakhir, dia ke China selama empat bulan dan kesihatannya semakin merosot apabila dimasukkan ke salah sebuah hospital di sana.

Pada tanggal 29 Mei yang lalu, dia pulang seketika ke Jakarta, kononnya untuk berehat bersama keluarga dan akan kembali ke China pada Jun ini.Berselang hari, ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini menghembuskan nafas terakhir di Jakarta.

Kehilangan Yana merenggut emosi anak-anak, saudara-mara dan rakan taulan. Tentu sahaja mereka menyaksikan sendiri apa yang berlaku kepada wanita ini ketika dia melawan kanser yang dihadapi.

Pada awalnya, Yana diberitakan akan dimakamkan mengikut agama Kristian seperti diarahkan oleh ibunya, Swetlana Zein.

Ketika tubuhnya diletakkan di dalam keranda, beberapa rakan artis turut hadir memberikan penghormatan mengikut agama Kritian. Turut muncul, penyanyi Krisdayanti yang hadir memberikan penghormatan terakhir. Dia juga sempat memasangkan bulu mata palsu ke kelopak mata Yana yang sudah terbaring kaku seperti mana yang diminta.

“Hari ini agak aneh kerana sudah dua orang yang minta saya pasangkan bulu mata,” kata Krisdayanti sebak yang tidak menyangka masih berpeluang ‘berbakti’ kepada sosok kaku yang amat dihormatinya itu.

Menyifatkan Yana sebagai sosok pelakon yang sangat baik, mereka sebenarnya sudah berkenalan sejak puluhan tahun yang lalu lagi.

“Dia memang baik dan pelbagai ingatan terakam saat kami sama-sama shooting dahulu. Sebagai artis senior, dia masih merendah diri dan melayan saya dengan baik. Cuma jalannya berbeza-beza. Kita doakan semoga dilapangkan kuburnya,” tambah isteri kepada Raul Lemos ini lagi.

SAAT tubuh Yana sedang dipersiapkan untuk proses pengebumian, tiba-tiba muncul ayah kandungnya, Nurzaman Zein yang sudah 30 tahun menghilangkan diri. Dia mahu anak kesayangannya itu dikebumikan secara Islam selain menyangkal dakwaan Yana sudah bertukar kepada agama Kristian.

Beberapa teman rapat juga mendedahkan yang Yana sudah memeluk agama Kristian setahun yang lalu. Cuma perkara tersebut masih menjadi bualan semata-mata tanpa ada pengesahan.

Namun kemuncak tercetus saat jenazah Yana dikebumikan di Tempat Pemakaman Muslim (TPM) Bulak Lebar, Gundul Cinere, Depok. Ibunya beranggapan tapak perkuburan tersebut kurang layak buat anaknya.

“Saya kecewa bapanya hadir setelah puluhan tahun menghilang. Muncul pula terus bikin gaduh padahal masa Yana sakit dia sendiri tidak pernah jenguk anak mahupun cucu. Di mana dia ketika Yana melawan penyakitnya?

“Bertambah sedih bila melihat dia dikuburkan di tempat yang tak begitu menjaga kebersihan dan kelihatan tidak terurus. Padahal kami sudah menyediakan ke tanah perkuburan Kampung Kandang yang lebih baik.

“Tak ada masalah untuk Yana dikuburkan mengikut cara Muslim tapi biarlah keadaannya baik. Itu sahaja yang saya mahu. Adakah salah? Saya tanya kalian adakah permintaan saya salah?” kata Swetlana Zein melahirkan rasa kecewa.

Beberapa berita yang dipaparkan oleh media di sana ada menyebut berlakunya beberapa masalah saat pengebumian berlangsung. Tapak kuburnya jauh daripada pintu masuk selain jenazah sukar untuk dibawa dari jalan besar kerana sempit.

“Ya, semoga saya boleh pindahkan ke tempat yang lebih layak. Tempat Muslim tak ada masalah buat kami asalkan layak! Setuju tak? Siapa mahu anaknya dalam keadaan begini,” kata ibunya beremosi.

Dalam pada itu, Nurzaman pula mendedahkan yang dia sudah berusaha untuk bertemu Yana awal tahun ini. Namun saat tersebut anaknya itu sudah pun dibawa ke China bagi menjalani rawatan kanser yang dihadapi.

“Saya muncul kerana dia meninggal. Tidak ada maksud apa-apa pun. Saya tinggal di Pekanbaru (Sumatera) dan hanya mengetahui kepulangannya ke sini selepas di wawancara di lapangan terbang. Sebab itu saya kembali ke sini (Jakarta) untuk bertemu dengannya,” kata Nurzaman pula.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment