(Peringatan : Kisah ini dikongsi utk beri peringatan buat semua... & bukannya menghentam mana mana pihak. Nama hospital tidak akan didedahkan sama sekali).
. agar setiap wanita bersedia berdepan pelbagai kebarangkalian ketika di labour room nanti. Nama hospital tidak akan didedahkan sama sekali bertujuan menjaga nama baik
Ibu mana yang tak sedih bila anak dari kantung rahimnya disahkan meninggal disebabkan kecuaian orang lain.....
Buat ibu ibu lain, tolonglah ambil tahu apa yang ibu ibu akan lalui masa dalam labour room nanti.....
Walaupun Muhammad anak kedua saya... tapi rasa pedih hati ini sakit sekali.... Allah...
.
.
Pada 22 Disember 2016 saya pecah air ketuban.. iaitu salah satu tanda kelahiran anak saya & dan saya tahu dalam masa 24 jam ini saya perlu melahirkannya.
.
.
So saya dan suami pun bersiap untuk ke hospital. Excited suami saya masa tu.... dia siapkan makanan untuk saya supaya cukup tenaga masa nak lahirkan anak kami nanti.
.
.
Kami ke hospital dengan happynya. Tak sabar nak bagi adik untuk Rizqi Mukhriz...
.
.
Selang 5 minit kemudian..... episod sedih ini bermula......
.
.
Allahurabbi.... saya harap kisah ini tidak terjadi kepada sesiapa...
.
.
Masuk saja bahagian labour room saya dimarah doctor.
.
.
"Kenapa awak datang hospital... awak tak turun tanda lagi kan!" - doctor. Sambil saya diketawakan....
.
.
Saya beritahu doktor saya dah rasa ada air keluar dari kemaluan saya... tapi ia sedikit dan saya dapat rasa itu air ketuban.
.
.
Ketika tu saya sakit sangat... contraction menyerang setiap 20 minit... tapi doctor disitu tak endahkan saya malah biarkan tanpa buat CTG walhal lagi beberapa minit lagi insyaALLAH saya dah boleh lahirkan anak.
.
.
Saya diminta bermalam di bilik menunggu. Bayangkan... ketika itu saya sepatutnya sudah masuk labour room.. tapi saya dibiarkan disitu. Saya patuh cakap doctor juga sebab saya percaya mereka lagi arif dalam semua ni.
.
.
Pada keesokan harinya... 23 Disember.... sebelum subuh saya perasan ada cecair bewarna hijau keluar dari kemaluan saya, Allah.... anak saya dah membuang ka ni?
.
.
Lepas saya beritahu kepada doctor, saya cepat cepat dibawa ke labour room... Kali ini sakitnya lain sekali.... Saya menjerit disitu meminta doctor lakukan sesuatu sebab sakitnya lain macam...
.
.
Saya ingatkan nurse disitu faham saya dan cakap baik baik menenangkan saya seperti nurse yang sambut anak pertama saya dulu... rupanya lain...
.
.
"'Mana ada orang beranak tak sakit puan!"
.
.
Ya Allah... kejamnya mereka ini... hati saya bertambah sedih & down ketika tiada siapa yang memahami keadaan saya ketika itu.
.
.
"HEI!!! kenapa biar ibu ni macam ni... dia dah nampak pucat dah ni.... Siapa yang uruskan ibu ini??! "
.
.
Tiba tiba muncul doctor Yusrina yang sangat baik, memarahi semua doctor dan nurse disitu kerana membiarkan saya.
.
.
Doctor Yusrina memberi arahan kepada nurse lain dan datang kepada saya mengusap dahi & rambut & menenangkan saya.....
.
.
"sabar ya puan... saya faham puan... puan istighfar ya... saya ada di sebelah puan.... saya datang nak tolong puan"
.
.
Dalam keadaan terlalu lemah... seperti nyawa ditarik... saya pegang tudung doctor Yusrina dan mohon dia selamatkan anak saya.....
.
.
Walaupun doctor Yusrina tak bertugas pun masa tu tapi dia nak sangat tolong saya.. Allah.. baiknya malaikat bertopeng manusia ini..
.
.
Walaupun mata saya hanya mampu pejam ketika itu tapi saya dapat rasa doctor yang datang seperti malaikat itu datang menyelamatkan saya dan keadaan.
.
.
Ketika itu dah 8cm... nurse minta saya teran & ketika itulah saya rasa 3 pergerakan terakhir Muhammad dalam rahim saya...
.
.
Selepas melahirkan Muhammad... Muhammad tak dapat bernafas selama 1 minit dan doctor bawa pergi anak mummy....
.
.
Ketika itu.... saya dalam keadaan tak sedar....
Anak mummy dibawa ke NICU kerana oksigen tidak sampai ke otak dan kerap berdepan sawan.
.
.
Selepas sedar doctor pula sahkan saya mengalami 90% kerosakan pada rahim.
.
.
Ya ALLAH ujian apakah ini.. semalam ketika ini... kami gembira sekali menanti Muhammad... tak sangka hari ini Muhammad terpaksa dimasukkan ke NICU.
.
.
Pada 25/12/2016, ketika saya melawat Muhammad saya dapat rasakan yang Muhammad terlalu sakit.
.
.
Saya usap ubun ubun Muhammad.... saya berdoa... dan berzikir dan berpesan kepada anak saya ini,....
.
.
"Andai anak mummy MUHAMMAD siksa di dunia ni sayang...pergi la sayang.... ibu redha....."
.
.
Berulang kali juga saya memohon agar ALLAH sembuhkan anak saya dan panjangkan usianya......
.
.
Pada jam 9 malam.... seorang nurse memanggil saya ke NICU.
.
.
Bertambah lemah diri saya yang sedia lemah... saya dapat rasa sesuatu terjadi kepada Muhammad.... namun saya cuba untuk kuat....
.
.
Luluh jantung saya...
.
.
Muhammad dah kembali kepada ALLAH.......Anak mummy.... jantung mummy.... anak yang bermain dan bersama mummy sepanjang 9 bulan...... kini anak mummy dah pergi......
.
.
Saya tenung wajah anak saya...... saya cium dan bau sedalamnya bau anak saya.... saya sentuh jarinyanya... saya kucup pipinya berulang kali... saya usap ubun ubunnya.... saya dakapnya erat.... Allahuakhbar... cukup sempurna anak mummy ni.....
.
.
Demi Allah sekuat manapun saya... saya memang tak mampu menahan sebak... saya menangis disitu dan cium anak saya berulang kali....
.
.
Mummy tak sempat pun beri setitik susu mummy pada Muhammad... kalaulah sempat mesti Muhammad lagi sihat kan sayang...
.
.
Mummy takkan lupa anak mummy yang comel ni... mummy sayang Muhammad.
.
.
Sayu perkarangan rumah kami.... lebih sayu lagi hati setiap keluarga kami.....
.
.
Abangnya Rizqi seolah olah faham apa yang terjadi membuatkan semua sebak...
.
.
"Adik abang Muhammad ni pakai kain putih ni nak pegi syurga ke Muhammad... ala... macam mana nak abang nak main main dengan adik abang ni? Takpelah.... adik pegi syurga ye...."
.
.
Berlinangan air mata kami.....
.
.
Penantian 9 bulan diakhiri dengan ujian ini...
.
.
Selesai proses pengkebumian... ramai sedara yang minta kami saman pihak hospital.
.
.
Walaupun ketika itu luluh hati saya kerana kehilangan anak disebabkan layanan seorang doctor dan beberapa nurse yang ambil lewa kesakitan saya... namun saya bersyukur ALLAH beri fikiran yang baik untuk saya ketika itu.
.
.
Saya jelaskan kepada semua yang minta saya menuntut keadilan bahawa.... doktor adalah malaikat bertopeng manusia yang datang menyelamatkan kita. Ya.. walaupun ada yang tidak baik.. yang sengaja berlaku 'kejam' dengan kita... namun ramai yang terlalu baik buat saya & kita semua...
.
.
Disebabkan itu walaupun saya rasa sedih dengan kejadian ni sebab melibatkan anak saya sendiri... tapi saya perlu akur mereka juga manusia sama seperti kita.
.
.
Doa saya agar tidak ada lagi doctor & nurse seperti itu.
.
.
Takdir & ketentuan itu milik ALLAH.... semua ini hak & milikNYA... siapa kita nak terus salahkan orang lain. Saya redha.
.
.
Kalau saya fikirkan semua ini, Muhammad tetap tak akan kembali lagi. Dia dah pun sampai kepada syurga yang abadi,
.
.
Pesan saya kepada anda, tolonglah pelajari ilmu kehamilan... kalau anda tahu itu adalah air ketuban, tahu prosedur melahirkan anak... dan tahu jelaskannya nescara doctor akan lebih faham.
.
. 🔴 Pesan saya buat #doctor & #nurse :
Tolonglah doctor... tolonglah nurse... ketika kami sakit kami tak tahu apa yang patut kami lakukan. Kami serahkan segalanya kepada ALLAH dan rawatan kalian..... tapi saya mohon janganlah downkan & sindir kami sehingga kami rasa terlalu terabai ketika kami perlukan bantuan.
.
.
Tolonglah doctor... tolonglah nurse.... cakaplah baik baik dengan kami. Sesungguhnya ilmu kami tidak setanding kalian... kami benar benar hormati ilmu & kehebatan yang ada pada kalian. Tolonglah hormati kami juga.
.
. 🔴 Pesan saya buat #semua :
Biarpun adakalanya kita berdepan semua ini disebabkan orang lain dan terasa sakit itu pedih sekali... tapi janganlah lupa apa yang terjadi ini disebabkan ketentuan yang Maha Esa.
Saya percaya... ALLAH jemput Muhammad mungkin disebabkan ALLAH taknak Muhammad berdepan kesakitan yang lebih teruk jika dia ada bersama kami ketika ini.
Damailah dikau di sana anak syurgaku. Mummy sayang anak mummy. Mummy tak putus doa untuk Muhammad. Mummy tak putus melawat anak mummy. Mummy rindu sangat bau syurga anak mummy ni....... bermain mainlah dikau di sana anakku Muhammad.........
COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari saja. Tak dibenarkan copy paste!
-----------------------------------------------------------------
Allah.... dalam banyak banyak kes yang saya handle... ni adalah luahan hati seorang ibu yang terlalu kuat walaupun dia lemah.
.
.
Noor Azieyani Haeruddin hubungi saya (penulis buku 9bulan10hari - Nazira Nazir) dan maklumkan dia ingin semua pasangan alert dan tak berdepan ujian sepertinya.
.
.
Aziey benar benar ingin kita percaya pada ketentuan ALLAH namun dalam masa yang sama anda tahu sekurang kurangnya sedikit ilmu kehamilan agar tidak gelabah ketika di labour room nanti.
.
.
Buat adik Aziey... ketahuilah Muhammad sedang tunggu mummy dia tu untuk bawa masuk syurga. Kak Zira doakan yang baik baik untuk Aziey & family =)
.
.
Semoga Aziey & kita semua didekati dengan doctor2 & nurse2 yang baik insyaALLAH....
.
.
Muhammad..... bermain mainlah dikau di dalam syurga.......... AlFatihah.....
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment