Berdepan kritikan keras, penganjur acara buka puasa 'Big Gay Iftar' memperjelaskan acara kontroversi yang dikatakan dianjurkan minggu lalu di Bangsar, Kuala Lumpur.
Numan Afifi, presiden Pelangi Campaign – kumpulan yang mempromosikan kesetaraan untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) – mengakui beliau sendiri diajukan banyak pertanyaan berkaitan acara itu.
Semuanya, kata beliau, gara-gara tersebar rencana oleh sebuah “portal picisan” yang melaporkannya.
Menulis di Facebook, Numan menjelaskan ia dianjurkan untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai latar untuk berbuka bersama-sama serta berdialog “supaya kasih sayang dapat disebarkan”.
Acara itu juga, katanya, untuk memperingati 49 anggota komuniti LGBT yang terkorban dek tragedi keganasan di Orlando, Florida pada 12 Jun 2016.
“Hanya melalui acara murni sebeginilah kita dapat buktikan kepada golongan ekstremis dan pengganas bahawa mereka tidak akan dapat memecahkan persaudaraan dan kemanusiaan kita semua.
“Sesungguhnya, kemanusiaan dan kasih sayang akan pasti menang!” katanya.
Menurun Numan, lebih seratus orang hadir ke acara itu untuk menikmati pelbagai juadah Malaysia di samping kurma yang diimport daripada Timur Tengah.
“Kepelbagaian makanan yang Malaysia nikmati adalah cerminan kepada kepelbagaian kita semua sebagai manusia.
"Walaupun rasa yang berbeza, tetapi semuanya tetap diraikan oleh kita semua.
“Bagi pihak rakan-rakan penggerak Campaign for Equality and Human Rights Initiative, kami mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan dokongan kalian.” katanya.
Kebanyakan peserta acara itu dikatakan terdiri daripada aktivis hak-hak LGBT.
Turut diadakan forum berkaitan tragedi Orlando yang melibatkan Pengurus Program Sisters in Islam Suri Kempe, Nisha Ayub daripada Justice for Sisters dan pengasas Transmen of Malaysia founder Dorian Wilde.
Filem berkaitan sejarah LGTB bertajuk Pride turut ditayangkan dalam acara itu.
Acara itu mengundang banyak reaksi orang ramai yang berang dengan tindakan itu. Ada antara mereka menghamburkan gelaran buruk dan makian kepada pergerakan LGBT seperti murtad dan Dajjal.
Bantahan turut dilaporkan diterima daripada tokoh agama dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
https://www.malaysiakini.com/news/385690
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment