Alangkah tingginya kesabaran seorang isteri ini yang sanggup menerima dan memberikan peluang berkali-kali kepada suaminya yang tidak pernah serik melakukan perbuatan keji di belakangnya.
Bagi wanita yang lain, mungkin lelaki ini sudah dipukul atau ditinggalkan. Tetapi tidak bagi si isteri dalam kisah ini. Apa yang lebih menyakitkan hati, soalan terakhir yang disoal oleh si suami, apakah patut dia meminta maaf?
Setelah apa yang dia lakukan pada isteri, tergamak dia bertanyakan soalan seperti itu?
PERNIKAHAN saya dengan isteri telah masuk ke tahun ketiga. Kami dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia dua tahun. Anak yang sangat comel dan bijak.
Isteri tidak bekerja. Jadi semua tentang anak diuruskan oleh dia. Oleh kerana keadaan ekonomi yang teruk sekarang, duit saya sentiasa tidak mencukupi, sehingga akhirnya dia terpaksa mengambil keputusan untuk pulang ke kampung ibu bapanya bagi mengurangkan bebanan kami.
Sejujurnya sepanjang pernikahan kami, saya telah banyak kali curang dan kantoi dengan isteri. Tetapi dia tetap memberi saya peluang dan kepercayaan. Sampai saya biarkan teman wanita saya menghina isteri saya dan sayang langsung tidak mempertahankan isteri.
Isteri saya ada penyakit kanser (sekarang dah sembuh) dan teman wanita saya pernah memperlekehkan isteri dan anak saya dengan pelbagai hinaan. Tetapi isteri saya tetapi bersabar dan menerima saya.
Saya tetap berlaku curang dengan banyak perempuan. Duit belanja saya jarang beri sehingga ibu bapanya yang terpaksa menanggung isteri dan anak saya.
Setiap kali saya kantoi, saya berjanji pada dia yang saya akan berubah. Tetapi saya tetap bersama dengan teman wanita saya itu dan kerap kali terlanjur dengannya dan juga beberapa perempuan yang lain.
Pada hari lahir anak saya yang kedua pada bulan Mei lalu, sekali lagi saya terkantoi bermesej dengan teman wanita melalui aplikasi WhatsApp. Isteri seakan-akan sudah lalu dan hanya tersenyum.
Sejujurnya saya sudah lama tidak menyentuh isteri kerana saya lebih berminat bersama dengan teman wanita. Setiap kali pulang ke kampung isteri, saya tidak pernah bernafsu untuk menyentuhnya.
Saya nampak wajahnya hampa, tetapi dia tetap melayani saya dengan baik. Malah makan dan minum saya tetapi dijaga dengan baik. Dia jarang meminta apa-apa daripada saya. Sedangkan saya sendiri sedar pakaian dia sudah lama tidak bertukar dan kelihatan lusuh serta buruk membuatkan saya malu untuk keluar dengan dia.
Segala apa yang diam inta semua untuk anak saya. Tidak pernah dia meminta untuk diri dia. Sampailah satu hari dia meminta saya belikan sesuatu untuk anak. Katanya, hadiah untuk hari lahir anak kami. Kebetulan pada masa itu saya dapat bonus raya, tetapi saya mengamuk dan menjerit-jerit pada dia.
"Tak perlu hadiah dan jangan bebankan saya dengan benda yang tidak penting,"
Isteri terdiam dan terus tamatkan panggilan.
Barang kemas isteri habis saya jual semasa saya susah dulu. Dia tidak pernah meminta saya gantikan baju raya dia dan anak pun dia tak nak. Padahal baju raya tahun lepas pun dia tak beli. Termasuklah hari ini dah tiga hari dia mendiamkan diri.
Apa yang patut saya lakukan? Patutkah saya minta maaf pada isteri?
Sumber: Kisah Rumah Tangga
http://www.thereporter.my/2017/06/saya-telah-banyak-kali-curang-dan.html
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment