Terkini, wanita yang mencetuskan kontroversi kononnya digoda pelakon Shukri Yahaya menegaskan cetakan skirn mesej perbualannya dengan aktor itu adalah benar dan dia sesekali tidak menyunting gambar dengan tujuan tertentu.***
***Wanita berkenaan, Sarah Danielle berkata, dia mengenali Shukri ketika pelakon itu menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak beberapa bulan lalu.***
***“Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar.***
***“Kenapa dia nak takut kalau tidak bersalah, malah Instagram saya juga disekat dari akaunnya,” ujar Sarah yang merupakan model sambilan***
***Apa lagi dia nak? – Shukri Yahaya***
Manakala Shukri ketika dihubungi mStar Online pula mempersoalkan apa yang sebenarnya dimahukan wanita itu.***
***Bagi Shukri, 29, jika dia terus melatah dengan situasi ini, ia akan membuatkan dirinya juga dilihat seperti wanita tersebut yang hanya inginkan publisiti murahan.***
***“Apa lagi yang dia nak? Tidak takutkah dia kalau saya ambil tindakan? Saya diam sebab malas nak panjang cerita kerana perlu menjaga reputasi diri dan maruah keluarga.***
***“Orang yang mengenali saya, tahu siapa saya. Jadi, kalau saya terus melayan, apa bezanya saya dengan dia?” soalnya sambil menyifatkan apa yang dilakukan wanita tersebut seperti ingin membodohkan diri sendiri.***
***Sementara itu, pelakon 7 Hari Mencintaku ini menggangap kontroversi yang tersebar sejak pagi Jumaat itu bukan satu masalah besar baginya.***
***Shukri berharap agar perkara ini tidak dipanjangkan lagi bagi menghormati bulan Ramadan.
Malah isterinya Tya Adnan hanya ketawa melihat situasi itu selain menyifatkan ia satu perkara yang agak kelakar.***
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment