Putrajaya: Pengendali laman web Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris tetap perlu membayar ganti rugi RM850,000 kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan di sini, menolak rayuannya.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak rayuan Wan Muhammad Azri selepas mendapati permohonan itu tidak mempunyai sebarang merit.
Mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM10,000 terhadap Wan Muhammad Azri.
Turut bersidang Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Mahkamah Rayuan sebelum ini sudah menolak rayuan Wan Muhammad Azri dengan kos sebanyak RM10,000
Ia menjadikan jumlah yang perlu dibayar oleh Wan Muhammad Azri adalah sebanyak RM870,000.
Pada 28 Februari 2014, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada plaintif berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Pada 21 Mac 2014, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment