Home » » Rosmah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" membeli barang kemas

Rosmah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" membeli barang kemas




LAMAN Facebook AJ+ (AJ plus) milik sumber berita berpengaruh dunia Aljazeera, menyiarkan sebuah video informasi ringkas melaporkan, sebanyak USD30 juta (RM128.3 juta nilai tukaran terkini) wang 1MDB diseleweng untuk membeli barang kemas 'first lady'.

Video itu memaparkan video seorang wanita mirip wajah Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai 'first lady' yang mana dana 1MDB dilapor telah diseleweng untuk membeli barang kemas untuknya.



Semasa artikel ini ditulis video tersebut mendapat perhatian yang sangat meluas di mana ia telah ditonton oleh lebih 1.5 juta kali, mendapat respon sebanyak lebih 22 ribu pengguna, 3,700 ulasan, dan dikongsi lebih 33 ribu kali oleh pengguna facebook serata dunia.

Datin Rosmah sebelum ini dilapor mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.

Menurut Firma undang-undang NoorHajran Mohd Noor, peguam mereka "memantau semua catatan dalam mana-mana platform media sosial dan sebarang bentuk penerbitan lain berkaitan serangan palsu dan berniat jahat" terhadap anak guamnya itu.

"Baru-baru ini, lebih banyak serangan yang berniat jahat dan tidak berasas muncul dan dibuat terhadap Rosmah Mansor di blog dan media sosial.

"Serangan ini adalah tuduhan palsu yang dibuat tanpa sebarang bukti dan/atau asas, dilakukan dengan niat jahat semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik Rosmah atas dakwaan salah laku yang menjejaskan reputasi beliau," kata firma itu yang dipetik dalam satu kenyataan sebelum ini.

NoorHajran Mohd Noor berkata, mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis.

Video terbitan sumber berita Al-jazeera ini telah disiarkan melalui laman Facebook rasmi AJ+.

Jika dakwaan di dalam video tersebut adalah palsu, fitnah atau berniat jahat. Para peguam Datin Rosmah sepatutnya sudah sedia maklum untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sumber berita berpengaruh antarabangsa itu.

Secara mudahnya, jika tiada tindakan diambil terhadap sumber berita itu, maka rakyat Malaysia akan menganggap dakwaan wang 1MDB telah diseleweng untuk membeli barang kemas mewah untuk Datin Rosmah itu sebagai benar sahih dan berasas.

http://www.otaibersih.net/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500



Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment