Anak no2 saya sah taraf. Bapa yang sama. Cerita nya macam ni, dulu masa couple dengan suami saya yang sekarang ni kami dah terlanjur dan akhirnya saya mengandung, tapi masa awal² dulu suami saya taknak bertanggungjawab sebab kekasih lama menagih kasih kembali, bermacam-macam yang jadi. Boleh meroyan saya dibuatnya.
Mana taknya ketika kandungan saya dah sarat saya dapat tahu pompuan tu pun mengandung anak luar nikah seperti saya. Saya amek keputusan untuk balik rumah family saya, tapi tak sempat sebab saya bersalin pada haritu. Ketika di hospital mak saya amek saya dan bawak saya balik ke pangkuan keluarga. Ketika anak pertama saya berumur 6bulan pompuan tu pun bersalin. Allah sakitnya hati ni hanya Dia yang tahu. Disebabkan saya dan suami saya sepupu, kami akhirnya disatukan oleh keluarga besar kami pada ketika anak pertama saya berumur 1tahun 1bulan. Ketika tu bulan 8 tahun 2015.
Bermacam-macam yang jadi. Sampai lah bulan 12 tahun 2016 saya disahkan mengandung 5bulan. Disebabkan serabut dengan masalah² ni semua, saya mengandung pun saya tak perasan. Saya sarat mengandung tanpa suami disisi. Saya duduk rumah family. Sebab tak tahan diperlakukan seperti manusia tanpa perasaan. Saya ada kat rumah, suami saya boleh bawak pompuan tu tidur dengan dia, dalam bilik kami, atas katil kami.
Allah. Bila saya tegur teruk saya kena. Akhirnya bulan 3 tahun 2017 saya selamat melahirkan cahaya mata saya yang kedua. Seorang putera. Dalam labour room sendiri. Pantang sendiri. Semua sendiri. Genap seminggu anak saya dilahirkan, saya dapat tahu pompuan tu bersalin anak luar nikah no2 bersama suami saya jugak. Allah. Rasa nak bunuh diri je time tu. Sakitnya seperti dihiris. Perit dan luka masih berbisa. Dan kini anak no2 saya dah berusia 3bulan. Saya dan anak² duduk dengan family saya, suami saya duduk dengan
"family kecik" dia tanpa hiraukan saya. Saya dan suami masih ada ikatan. Apa yang patut saya buat? Apa yang patut saya buat? Hmm. Saya tak kuat tapi saya cuba kuat demi anak² saya. Walaupun saya baru 19tahun tapi semua ni buatkan saya piker menyesal dengan apa yang pernah saya buat dulu. Tolong bagi pandangan dan nasihat untuk saya. Itu sahaja. Terima kasih admin.
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment