Jabatan Kehakiman AS berkata, taikun itu mengatur pembelian dan pembayaran 27 utas rantai dan gelang emas 18 karat. – Foto FMT
Kira-kira AS$1.3 juta (RM5.5 juta) dalam dana boleh dikesan kepada penyalahgunaan pinjaman Bank Deutsche untuk membeli 27 barang kemas bagi isteri “Malaysian Official 1” (MO1) pada 2014.
Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, mengatur pembelian dan pembayaran rantai serta gelang emas 18 karat dari Schwartz Inc di New York.
DoJ berkata, pereka barang kemas, Lorraine Schwartz turut dipelawa menunjukkan MO1 barang kemas itu di Hotel Bel-Air, Los Angeles pada atau sekitar 3 Januari 2014 lapor FMT.
Low menghantar pesanan teks kepada Schwartz pada hari itu untuk mengesahkan beliau berada di sana. Di hotel, Schwartz bermakan malam bersama MO1 dan hadirin lain, sebelum dijemput ke sebuah suite untuk menunjukkan barang kemas itu.
Advertisement
Menurut DoJ, Schwartz memilih 27 utas rantai dan gelang berbeza.
Invois untuk barang kemas itu dihantar ke Blackrock dengan catatan “Perhatian: Lembaga Pengarah”. Menurut DoJ, nombor invois itu ialah 6039.
Invois bertarikh 23 Jun 2014 itu termasuk 1 gelang tangan emas putih bertata berlian bernilai AS$52,000, 4 gelang emas putih bertatah berlian putih dan jed hitam berjumlah AS$68,000 serta seutas rantai emas putih bertatah berlian hitam dan putih bernilai AS$240,000.
Invois itu termasuk barang kemas lain seperti seutas rantai berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati bernilai AS$150,000 serta seutas rantai “rose gold” bertatah berlian putih bernilai AS$70,714 dan 3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang bernilai AS$76,125. – Free Malaysia Today
Berikut senarai 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri MO1:
1 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$52,000
1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K (sederdana) AS$52,000
1 gelang tangan “rose gold” bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$52,000
2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang (sederhana) AS$99,000
3 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (nipis) AS$91,200
2 gelang tangan emas bertatah berlian 18K (nipis) AS$60,800
3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang (nipis) AS$76,125
2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian hitam 18K (nipis) AS$35,500
2 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$92,000
4 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K dan jed hitam AS$68,000
1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K AS$65,000
1 utas rantai “rose gold” berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati AS$150,000
1 utas rantai “rose gold” bertatah berlian putih 18K AS$70,714
1 utas rantai emas bertatah berlian putih 18K AS$55,489
1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih 18K AS$40,172
1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih dan hitam 18K AS$240,000
http://www.malaysiadreamnews.com/24384/dokumen-doj-pembelian-27-barang-kemas-rm5-5-juta-untuk-isteri-mo1/
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment