Home » » Isteri-isteri ulamak juga suka berkemban - Maryam lee

Isteri-isteri ulamak juga suka berkemban - Maryam lee

Shah Alam: Aktivis Projek Dialog, Maryam Lee berkongsi beberapa lukisan-lukisan lama yang menunjukkan cara berpakaian wanita Melayu tradisional yang berkemban dan mendakwa ini juga adalah amalan isteri-isteri para ulama silam. 



Kata Maryam lagi, ini adalah cara pemakaian terhormat dan bermaruah. Beliau yang kini memilih untuk tidak bertudung menyatakan bahawa, amalan bertudung adalah isu khilaf di kalangan ulama. 


Menurutnya lagi, terdapat pilihan untuk tidak bertudung walaupun ianya pendapat minoriti. Beliau juga mendakwa bahawa budaya tidak menutup kepala sebenarnya telah ditenggelamkan dan beliau hanya membawanya kembali ke perhatian umum. 


Sehubungan dengan itu Maryam membela pendapatnya dengan berkata, “Saya tidak menentang Islam. Saya hanya mengembalikan apa yang telah disorokkan ke permukaan.” 

Kata-kata itu diakhiri dengan frasa “Let There Be Light”, sebuah firman terkenal yang berasal dari kitab Genesis bab 1 ayat 3 Bible, sebaik Tuhan mahu yang terang menyuluh kegelapan. 


Ramadhan lepas, Maryam Lee menimbulkan kontroversi dengan melakukan provokasi makan di khalayak ramai pada ketika umat Islam sedang berpuasa. Beliau yang ketika itu masih bertudung, melakukannya untuk mendapatkan perhatian supaya umat Islam di Malaysia memberi tumpuan kepada sejenis iktikad agama yang dipegangnya. 

Projek Dialog merupakan satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang antara lain berjuang untuk kebebasan beragama di Malaysia dan turut mendapat khidmat nasihat dari Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani), Marina Mahathir, dan Pastor Sivin Kit. Pastor Sivin Kit sering mengadakan program bersama belia Melayu Islam di dalam dan luar gereja.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment