Home » » tahniah & kata anak saya comel sangat.... muka ikut saya.... saya tanya macam mana dia tahu rupa anak saya.... Pastu dia cakap ada dalam facebook.

tahniah & kata anak saya comel sangat.... muka ikut saya.... saya tanya macam mana dia tahu rupa anak saya.... Pastu dia cakap ada dalam facebook.

Elak dedah rupa anak...
#kisahbenar
Assalamualaikum 9bulan10hari. Benda ni tengah jadi pada saya & anak saya sekarang disebabkan adik sepupu. Sepanjang lahir anak saya - Aleeya tak meragam, baik & senang dijaga.... bila masuk hari ke 9, Aleeya kerap menangis & merengek sepanjang hari. 


Susu cukup, tidur saya bedung, cuaca ok.. kembung perut tak.. tapi Aleeya menangis menjerit2.... Suami saya baca pelbagai surah & cuba tenangkan anak kami. Kejap ja ok lepas tu menangis balik.
Aleeya tak macam bayi lain...dia menjerit2 macam takut....
Dalam seminggu anak saya macam ni. 3 hari lepas kawan office saya msg... dia cakap tahniah & kata anak saya comel sangat.... muka ikut saya.... saya tanya macam mana dia tahu rupa anak saya.... Pastu dia cakap ada dalam facebook.


Setahu saya... saya tak pernah upload gambar anak saya... sebab mak saya dah pesan siap kalau nak tunjuk gambar anak juga tunjuk leas 3 bulan usia dia....
Bila selidik... baru saya dapat tahu masa berpantang hari ke 7 camtu... sepupu saya datang melawat tapi saya tak tahu dia ambil2 gambar anak saya. Dahlah ambil gambar anak saya tak minta izin, pastu siap upload di facebook dia cakap"minta pandangan anak buah saya ni ikut muka saya tak"?
Saaaakiiittnyaaa hati saya... anak saya ni! patutnya dia minta izin... sebab dia tahu saya tak suka post gambar diri saya apatah lagi anak.

Bila saya call & minta dia buang gambar anak saya dia cakap benda kecik tak payah ambil besar.. dia cakap dia tak boleh delete sebab kawan kawan dia suka.
What!? kawan2 suka tapi anak saya jadi mangsa. Saya & suami bawa Aleeya jumpa abah (ayah mertua saya). Kami ceritakan semua... abah cakap.....

"Rasulullah saw pun terkena panahan mata... kita yang dah besar ni pun kena panahan mata... apatah lagi bayi kecil yang comel. Benda jahat tu benci sangat dengan kelebihan orang lain..... & jika dia suka pun dalam diam mendoakan yang tak baik untuk kita... Nama benda jahat tu adalah AL AIn!.
Abah call sepupu yang terlebih pandai tu & suruh delete gambar aleeya... & minta kami balik pasang surah Ruqyah. 

Alhamdulillah anak kami Aleeya tak nangis macam dulu dah.
.
.
.
Jangan buat main dengan benda ni. Maybe ada yang dah kenal dengan Ummu Sibyan iaitu syaitan yang menunggu untuk sesatkan anak. Masa kita lahir anak, dia standby ja tunggu tengok nak 'tangkap' anak. Sebab tu anak yang baru dilahirkan kena cepat cepat diazankan & diiqamatkan.

Tu Ummu Sibyan... Al Ain ni pulak datangnya dari 2 :
- Ain Insi (manusia)
- Ain Jinni (jin) 


Macam mana semua ni terjadi?
Katakan mommy or daddy upload gamba anak or share dengan kawan kawan.. & ramai yang comment "comelnya anak akak....." "putih gebunya dia"... itu yang baik dan yang kita nampak.
.
.
Tapi mommy & daddy sedar tak ada juga segelintir manusia yang punya perasaan & niat tak baik terhadap anak mommy & daddy dan mungkin juga keluarga, sehingga mendoakan "semoga diorang ni tak bahagia & anak diorang ni tak comel!"
.
.
AIN(MATA) ADALAH PENYAKIT ATAU MASALAH YANG DISEBABKAN OLEH PENGARUH BURUK PANDANGAN MATA, IA DISERTAI DENGAN RASA TAKJUB ATAU KAGUM TETAPI JUGA DATANG DENGAN PERASAAN IRI HATI DAN DENGKI TERHADAP APA YANG DILIHATNYA. 


Hakikatnya..... ain itu wujud DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN. Ini adalah kes ke 4 yang #9bulan10hari terima.
.
.
Petikan dari Fathul Bari, 10/215 (perkataan Rasulullah ini menunjukkan bahawa :
Apabila seseorang diketahui menimpakan ‘ain, maka ia diminta untuk mandi, dan mandi ini merupakan cara pengobatan ‘ain yang sangat bermanfaat. Bila seseorang melihat sesuatu yang mengagumkan hendaknya segera mendoakan kebaikan padanya, karana doanya itu merupakan Ruqyah (pengobatan) baginya. 'Ain yang menimpa seseorang dapat mengakibatkan kematian.
.
.
Bagi susu taknak, dodoikan taknak, sampai mak ayah ni pun tak cukup tidur.
Untuk parents yang facing semua ni, ini tipsnya :
1. Pasang bacaan Ruqyah. Surah ni untuk menghalang gangguan makhluk halus. Surah Ruqyah digalakkan dipasang dirumah sehari sekali.
2. Katakan ada yang memuji anak kita @ kita... letak tangan kanan atas kepala anak, baca saja isti`azah atau ta`awwudz:
أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.)
3. Bagi anak mandi air dari bekas air wuduk ibunya yang beserta doa.
4. Ini untuk amalan setiap malam - baca surah al Ikhlas 3 kali. Setiap kali habis surah, tiup di ubun2. Bacaan yg last tu tiup dari ubun2 ke kaki.
.
.
Bagi kita kita ni..... kita pun sering diperhati Al Ain.... so banyakkan berzikir, selalulah berdoa masa salin pakaian, 'bersama' pasangan, berjumpa orang ramai, tengok cermin, memandu dan sebagainya.
Semoga kita dan zuriat kita semua dijauhi daripada sebarang kejahatan panahan mata jin & manusia.... aamiin...

Like.. share & tag info ini agar kita semua dijauhkan dari al ain ini.
 9bulan10hari

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment