Home » » Pemandu Uber dituduh cabul wanita Vietnam membenarkan ikat jamin RM6,000

Pemandu Uber dituduh cabul wanita Vietnam membenarkan ikat jamin RM6,000



13 JUN: Pemandu Uber separuh masa, Muhammad Sukri Ramli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mencabul seorang penumpang warga Vietnam pada 6 Jun lalu
Sukri, 30, yang juga seorang penyelia di sebuah hotel di Tanjung Bungah, didakwa melakukan kesalahan itu pada Selasa lalu selepas mengambil mangsa berusia 43 tahun pada jam 4 petang.

Pada hari kejadian, kenderaan berkenaan menuju ke Jalan Argyle dari Lintang Paya Terubong apabila tertuduh kemudiannya membuka seluar sambil menunjukkan kemaluannya serta meletakkan tangan mangsa di situ.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman.

Bapa kepada seorang anak itu berasal dari Sungai Nibong serta tidak diwakili peguam.

Dia hanya memohon supaya ikat jamin dikurangkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM10,000.

Majistret Catherine Nicholas membenarkan ikat RM6,000 dengan seorang penjamin, menetapkan 18 Julai untuk sebutan kes serta meminta tertuduh melantik peguam.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment