JUTAWAN Kosmetik, Datuk Aliff Syukri menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkap empat orang gaji yang melarikan diri kerana mencuri.
Tawaran itu dikongsi beliau menerusi satu rakaman video berdurasi 6.14 saat yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya ‘Aliff Syukri Terlajak Laris’ pada malam Ahad.
Menurutnya, dia termakan pujuk rayu daripada orang gajinya agar tidak membawa hal berkenaan kepada pihak polis sebaliknya mereka telah melarikan diri.
“Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak dihantar polis. Saya termakan pujuk rayu atas dasar balas kesian sesama manusia. Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki iaitu suami salah seorang daripada mereka sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang, jam dan cincin saya bernilai RM100k, saya tidak lagi percaya pada bibik yang gaya bak malaikat.
“Saya tekad melaporkan perkara ini pada polis walapun saya tidak sampai hati. Saya menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya. Telefon saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon pengurus saya di profile jika ada sebarang urusan yang serius,” tulisnya.
Terdahulu, kisah ‘Bibik Pencuri’ menjadi perhatian dan bualan netizen apabila Aliff bertindak mendedahkan perkara tersebut menerusi ‘live video’ di laman Facebook miliknya pada Rabu lalu. – MYNEWSHUB.CC
http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/aliff-syukri-tawar-rm5000-tangkap-bibik-pencuri/
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment