Home » » AC Mizal -"Saya tidak ada kena mengena langsung dengan urusan pembelian atau penjualan saham MFC.

AC Mizal -"Saya tidak ada kena mengena langsung dengan urusan pembelian atau penjualan saham MFC.


Selebriti terkenal, Datuk AC Mizal tampil menafikan mempunyai kaitan dengan skim piramid Mface Club yang dibekukan akaun bank oleh Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersana lima syarikat lain, pada Isnin lalu.

Jelasnya, beliau tidak ada kena mengena langsung dengan urusan niaga pembelian atau penjualan saham MFC.

Beliau juga memberi amaran akan membuat laporan polis jika ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama untuk dikait dengan MFC.

"Saya tidak ada kena mengena langsung dengan urusan pembelian atau penjualan saham MFC. Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dengan segala urusniaga MFC.

"Saya hanya dilantik sebagai Chairman MFace Social Media. Tak ada kena mengena langsung dengan MFC. Kepada mereka yang menggunakan nama saya dalam pembelian ataupun penjualan saham MFC, saya akan saman anda dan akan membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik isterinya, Datin Emylia di Instagram.

Memetik laporan BH, AC Mizal berkata beliau sudah meletakkan jawatawan sebagai Pengerusi Sosial Media Mface dua tahun lalu, selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.

"Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.

"Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan 6 Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka," katanya.

Pada 31 Mei lalu, dalam satu sidang media, KPDNKK membekukan sebanyak 91 akaun bank membabitkan skim Mface Club berjumlah RM177 juta kerana terlibat dalam aktiviti skim piramid

http://www.kinitv.com/video/49000O74







Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment