Home » » 'Kakak Belum Tahu Suami, 3 Anak Sudah Tiada...'adik mangsa

'Kakak Belum Tahu Suami, 3 Anak Sudah Tiada...'adik mangsa



'Kakak Belum Tahu Suami, 3 Anak Sudah Tiada...'

"Kakak masih belum tahu bahawa suami dan tiga anaknya terkorban kerana selepas kemalangan dia (kakak) tidak sedarkan diri,” kata Oliver Damiaus, 22, adik kepada Suzana Damiaus, 25, yang terselamat dalam kemalangan ngeri mengorbankan empat beranak berhampiran Simpang Ulu Daar, Jalan Keningau - Tambunan, malam semalam.

Menurutnya, dia kini dia bingung memikirkan bagaimana untuk memaklumkan apa yang berlaku kepada kakaknya.

“Kakak dan suami serta tiga anaknya itu baru sahaja pulang daripada kenduri kematian keluarga, kami amat terkejut dan seperti tidak percaya kehilangan abang dan tiga anak saudara.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kakak saya selamat dan kini menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE)," katanya.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Simon Sadi, 29 dan tiga anaknya Aaron Simon, 6, Selvy, 4, manakala yang bongsu belum diperoleh namanya.

Menurut Oliver, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Papar dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh ahli keluarganya.

"Sebaik dimaklumkan, saya terus ke Hospital Tambunan untuk memastikan sama ada kejadian itu benar -benar berlaku.

"Sejurus tiba, saya hanya mampu terkedu apabila melihat keadaan mayat abang ipar dan tiga anak saudara saya," katanya ketika ditemui di luar Wad Kecemasan HQE, di sini, hari ini.

Katanya, dia masih terkejut dengan pemergian abang ipar dan tiga anak saudaranya dalam sekelip mata.

"Minggu lalu, saya ada melawat mereka di rumah dan ketika itu abang ipar mengajak saya untuk hadir majlis hari jadi ibunya pada 28 Jun ini, ketika itu, saya sempat memberi wang belanja kepada tiga anak saudara kerana saya amat rapat dengan mereka.

"Abang ipar pula periang dan rapat dengan keluarga kami. Kehilangan mereka buat kami amat terkejut," katanya.

Sementara itu, hasil siasatan mendapati mangsa terbabas sendiri sebelum merempuh belakang lori diparkir di tepi jalan dan bukannya dilanggar kereta dari belakang seperti maklumat awal yang diterima.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila berkata, mangsa dalam perjalanan dari Keningau ke Tambunan.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi berkenaan mendapati semua mangsa tidak memakai topi keledar dan motosikal jenis Honda Ex5 ditunggang dipercayai ditunggang laju sehingga menyebabkan rempuhan kuat.

"Ketika kejadian permukaan jalan adalah basah dan licin kerana hujan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


http://www.cempedakcheese.com/2017/06/3-gambar-empat-beranak-maut-dilanggar.html

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment