Home » » ‘Mat saleh’ sado mana pula yang dipeluk Ainul Aishah ni? Sudahlah bertubuh tegap, kacak pula tu. Buah hati ke tu?

‘Mat saleh’ sado mana pula yang dipeluk Ainul Aishah ni? Sudahlah bertubuh tegap, kacak pula tu. Buah hati ke tu?







‘Mat saleh’ sado mana pula yang dipeluk Ainul Aishah ni? Sudahlah bertubuh tegap, kacak pula tu. Buah hati ke tu?



“Ya, dia teman lelaki saya dan kami declare hubungan ini pada hari ulang tahun saya yang ke-32 April lalu,” jelasnya kepada mStar Online.


Bertuahlah Ainul selepas empat tahun menjalani kehidupan solo, akhirnya dapat juga memikat hati jejaka ‘hot’ dikenali sebagai Khalid Redzuan.

“Semuanya bermula apabila saya menerima mesej di Instagram daripada Khalid September tahun lalu dan tiga bulan selepas itu (Januari) baru saya ambil keputusan nak berjumpa.

“Itu pun setelah merasakan dia amat berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah saya kenali sebelum ini,” katanya.





Menurut Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aisyah Azizun, Khalid merupakan seorang ahli perniagaan berdarah kacukan Melayu dan Inggeris namun dibesarkan di Kedah dan Kelantan.

“Ibunya berketurunan Inggeris namun dia membesar di Kedah dan Kelantan dalam suasana budaya masyarakat Melayu yang tebal dalam dirinya.

“Ya! Dia sangat Melayu!,” jelasnya.


Tambah Ainul, jejaka berusia 36 tahun itu bersikap terbuka mengenai hubungan mereka.

“Apa boleh saya katakan, Khalid berbeza dengan lelaki lain yang cuba mendekati saya sebelum ini kerana dia tidak pernah sorok siapa saya di sisinya.

“Seperti saya, dia juga terbuka memuat naik gambar kami di Instagram miliknya dan kami biarkan peminat menilai sendiri tanpa perlu kami kata apa-apa,” katanya.


Apa-apapun, Ainul menyerahkan semuanya pada jodoh untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Saya serahkan soal itu kepada dia (Khalid) kerana pada usia saya sekarang ia adalah waktu tepat untuk saya tamatkan zaman solo.

“Semua terserah pada jodoh, doakan yang terbaik,” katanya.


http://www.pru14.tv/2017/06/13/ainul-aishah-tayang-teman-lelaki-mat-saleh-sado/

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment