Home » » doktor sahkan Mangsa dipukul dan diliwat hingga "mati otak"

doktor sahkan Mangsa dipukul dan diliwat hingga "mati otak"

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun didakwa dipukul, diliwat dan dilecurkan sekumpulan pemuda di luar sebuah kedai burger yang terletak berhampiran sebuah masjid di Gelugor Jumaat lepas.



T Nhaveen, 18, diisytiharkan “mati otak” di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.Polis menahan 5 suspek berusia antara 16 hingga 18, atas dakwaan merusuh.

Menurut ahli keluarga mangsa yang ditemui di hospital, Nhaveen dan sahabat baiknya, Previin, 19, yang bekerja sebagai promoter di sebuah pasar raya di Bayan Lepas sedang menunggu untuk kembali ke kolej.

Nhaveen sepatutnya pulang ke kolejnya yang terletak di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Pada Jumaat, selepas syif malam, Nhaveen dan Previin pergi ke sebuah kedai burger yang terletak di luar Masjid Taman Tun Sardon berhampiran rumah mereka untuk makan malam.

Di sana, mereka terjumpa 2 bekas rakan sekolah yang mula mencemuh Nhaveen. Dua individu itu didakwa membuli Nhaveen sejak di sekolah kerana bersifat keperempuanan.

Nhaveen merayu 2 bekas rakannya supaya berhenti, tetapi sebaliknya mereka menghubungi rakan mereka dan 6 lelaki bermotosikal tiba di tempat kejadian.

Mereka kemudian memukul Nhaveen dan Previin berulang kali dengan topi keledar.Salah seorang pemuda memaksa Nhaveen ke padang berhampiran di Jalan Kaki Bukit.

Sementara itu, Previin, melarikan diri dari tempat kejadian dan kemudian mendapat rawatan untuk kecederaan yang dialami di Hospital Pulau Pinang.

Apa yang berlaku di padang tidak diketahui, tetapi Nhaveen yang tidak sedarkan diri dibawa abang kepada salah seorang penyerang ke Hospital Pulau Pinang pada 2.00 pagi Sabtu.

Di sana, kakitangan di unit kecemasan merawat kecederaan parah di kepala Nhaveen dan luka di bahagian kemaluan yang berdarah.

Nhaveen kemudiannya dimasukkan di wad neurologi unit rawatan rapi hospital itu.


Doktor memberitahu ahli keluarga terdapat bukti kesan tembus pada dubur Nhaveen dan juga kecederaan pada kemaluan dan kesan lecur di bahagian belakang badan.

Hari ini, ibu Nhaveen mengadakan sidang akhbar bersama peguam Baljit Singh di hospital, menuntut pihak berkuasa hospital menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas Nhaveen.

Baljit, yang juga pengerusi biro undang-undang dan hak asasi Gerakan, menggesa polis supaya menyiasat perkara itu dengan teliti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata, 5 remaja yang berumur antara 16 dan 18 ditahan atas dakwaan merusuh.

Dua daripada 5 suspek yang ditahan pelajar tingkatan 5 manakala 2 lagi pelajar kolej dan suspek yang ke-5 tidak bekerja.“Suspek mengakui terlibat dalam kejadian itu,” kata Anuar ketika dihubungi



Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment