#Harap pihak PERHILITAN ambil perhatian tentang kisah ini.. Denda sebanyak itu mmbuatkan 9 beranak tersiksa.. Kasihanilah mereka ini.. Harap sgt agar shbt2 #PERHILITAN sy dpt pnjg2kan kes ini kepada pegawai atasan anda... Tidakkah anda merasa pilu melihat gambar dibawah ini?
BAPA DI DENDA LEBIH SETENGAH JUTA, PENJARA 3 TAHUN, 9 BERANAK RAYU SUMBANGAN.
DIKEMASKINI
Hari ini 2 Jun 2017, saya melawat sebuah keluarga Din bin Chilih, 42, Orang Asli suku Semaq Beri dari Kampung Sungai Tekal, Jerantut, Pahang.
Menurut Batin Tan, Din atau di kenali dengan nama Senuduk merupakan
seorang anak buahnya yang menduduki kampung itu dan manakala pekerjaan Senuduk selama ini seperti biasa kita Orang Asli hanya bergantung kepada hasil hutan bagi menyara 8 orang anaknya.
Namun pada 29 Mei yang lalu Din di jatuhi hukum dipenjarakan 3 tahun apabila tidak bayar denda 600 ribu atas dituduhan memiliki kepala dan badan kambing gurun pada tahun lepas.
Menurut Batin Tan lagi, semasa kejadian Senuduk (Din) pergi menjala ikan ke Hulu Sungai Klengkeng selama dua hari yang di hantar oleh anak buahnya, pada hari terakhir beliau sedang menjala ikan terlihat seikor kambing melintas di sungai tersebut, kemudian beliau ambil keputusan menangkapnya dengan memukul mengunakan parang dan rotan.
Semasa nak balik, Senuduk sedang menungu anak buahnya datang untuk mengambilnya seperti telah dijanjikan, beliau terlihat sebuah JEP dan beliau menahan kenderaan tersebut untuk menumpang ke rumahnya, dengan membawa balik hasil tangkapanya untuk dimakan bersama anak buahnya yang di isi dalam peti, maklum lah kita Orang Asli mana ada nak sembelih, katanya.
Namun nasib tidak menyebelahi Senuduk, bila sampai tengah jalan secara kebetulan telah di tahan oleh pihak PERHILITAN yang di ketuai En Khairul dan akhirnya di dakwa bersama pemilik kenderaan tersebut berbangsa Melayu di Mahkamah Tinggi Temerloh dan sekarang baru telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun kerana tidak bayar denda 600 ribu seorang dan semuanya sebanyak RM 1,2 juta atas kesalahan tersebut, katanya.
Batin Tan melahirkan rasa kesal terhadap pihak PERHILITAN, langsung tidak ada timbang rasa, tidak bertanya kepada beliau sebagai Batin di kampung ini, sedangkan kami tidak mencuri dalam ZOO, tidak mengacau orang luar dan hidup kami bergantung dalam hutan untuk cari makan, katanya semasa ditemui dirumah Senuduk hari ini.
Oleh demikian saya bagi pihak keluarga Din merayu kepada sesiapa yang prihatin agar menyumbang sedikit barangan atau pun kewangan menampung makanan serta persekolahan 9 beranak ini yang masih kecil sementara menunggu ayah mereka masih dalam penjara.
Sumbangan boleh disalurkn kepada akaun 6-3469263-25. PUBLIC BANK atas nama pemilik akaun Midah a/p Wod iaitu mak saudara kepada Nu a/p Awang (isteri Din) Terima Kasih.
Shafie Dris.
shafiedris@gmail.com
CC Ahmad Nizam Hamid

Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment