LGBT Punca Siflis, Gonorea Dan Herpes Makin Tinggi
SEJAK beberapa tahun yang lepas, beberapa NGO yang menyokong pembangkang begitu aktif memperjuangkan kebebasan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender dengan mengadakan demonstrasi jalanan sehingga menganggu ketenteraman awam.
Kita sebenarnya tahu bahawa LGBT merosakan akidah, masyarakat dan negara dengan gaya hidup yang bertentangan dengan nilai agama dan moral. Seorang pengamal perubatan tempatan mendakwa bahawa jangkitan HIV di kalangan pengamal homoseks meningkat naik mendadak lebih 40% daripada 0.6% pada tahun 2015 sehingga 46 % pada tahun 2016.
Dr Suhazeli Abdullah, seorang pakar perubatan keluarga mengeluh dengan kelakuan segelintir Muslim dan NGO-NGO Muslim yang menyokong LGBT membuta tuli sehingga terlepas pandang kepada langkah pencegahan yang diambil oleh pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini yang melancarkan kempen video kreatif bertajuk ‘Hargai Diri, Amalkan Hidup Sihat’.
“Adakah angka-angka yang dicerap oleh pihak yang bertanggungjawab ini tidak merunsingkan kita?” tanya beliau.
Sambil memberi rujukan UNAIDS dan American Journal of Epidemiology, Dr Suhazeli Abdullah menegaskan bahawa jangkitan penyakit seperti Siflis, Gonorea dan Herpes meningkat berkali ganda di kalangan pelaku homoseksual.
Beliau juga melaporkan bahawa Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) melaporkan bahawa 83% jangkitan siflis adalah daripada hubungan homoseksual. Namun ini tidak bermakna para pengamal perubatan seperti para doktor dan jururawat akan menganaktirikan para pengamal LGBT kerana etika dan prinsip yang mereka pegang adalah ‘Primum Non Nocere’ (first do no harm).
Persoalannya mengapa pembangkang bersungguh-sungguh menyokong kumpulan LGBT? Atau adakah sebenarnya mereka mengunakan golongan LGBT ini demi kepentingan politik mereka bagi memberikan gambaran bahawa kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang tidak bagus?
http://www.pru14.tv/2017/06/10/lgbt-punca-siflis-gonorea-dan-herpes-makin-tinggi/
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment