Home » » “Demi tudung eksklusif, ada orang sanggup bayar RM21,600”

“Demi tudung eksklusif, ada orang sanggup bayar RM21,600”









Penggemar fesyen tudung berjenama sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memiliki tudung eksklusif.

Haliza Maysuri (tengah), pengasas Bawal Exclusive, merasmikan bangunan baru di Puchong, Selangor yang menempatkan semua koleksinya di bawah satu bumbung, 3 Mei 2016. — Foto oleh Choo Choy May

Pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd berkata kebanyakan yang membuat tempahan sedemikian adalah golongan kenamaan dan ahli perniagaan.

Haniza Maysuri berkata pelanggan sanggup membayar lebih untuk memiliki tudung eksklusif yang ditempah khas, lapor Kosmo!.

“Tudung paling mahal yang pernah dihasilkan oleh Bawal Exclusive bernilai RM21,600 yang ditempah khas oleh seorang ahli perniagaan di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata syarikatnya juga menjual rekaan tudung pada harga mampu milik serendah RM50 sehelai.

 http://thetrendingnow.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500






Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment