Home » » Pekembangan terbaru isu Najib bayar peguam untuk pastikan Anwar bersalah kes liwat

Pekembangan terbaru isu Najib bayar peguam untuk pastikan Anwar bersalah kes liwat

Lanjutan dari dakwaan Sarawak Report bahawa Claire Brown melihat dokumen yang menunjukkan pembayaran Najib kepada Shafie menggunakan dana 1MDB untuk memastikan Datuk Sri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes liwatnya, pasukan peguam Anwar diketuai N Surendren akan berlepas ke UK dalam jangka masa terdekat untuk mendapat semua dokumen yang berkaitan.



Dokumen ini yang dipercayai dibekalkan oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM kepada portal pembocoran maklumat kerajaan itu penting untuk digunakan untuk menyokong rayuan Anwar bagi membatalkan sabitan hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015.

Penting untuk pasukan peguam Anwar ke London kerana dalam pendedahan itu, Sarawak Report tidak menyertakan sekali dokumen yang dimaksudkan itu. Sekalipun dokumen itu disertakan, ia tidak asli kerana di muat turun dari Internet, sebab itu perlu untuk pasukan guaman Anwar terbang ke London dan mendapatkan dokumen itu sendiri.

Sekalipun dimaklumkan ia adalah 5 hakim Mahkamah Persekutuan dan 3 hakim Mahkamah Rayuan sebelumnya yang membuat keputusan untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut (bukan Shafie), tapi jumlah pembayaran dalam jumlah yang besar tersebut sudah tentu menimbulkan tanda tanya yang besar.

Apatah lagi, Shafie bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Anwar semasa di peringkat Mahkamah Persekutuan setelah pendakwaraya yang mengendalikan kes tersebut, Datuk Yusof, bersara awal


sumber: http://btmmari.blogspot.my

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment