Home » » Perkhidmatan feri berkelajuan tinggi yang pertama dari Kuala Kedah ke Langkawi-Sani Express

Perkhidmatan feri berkelajuan tinggi yang pertama dari Kuala Kedah ke Langkawi-Sani Express



KLANG: Perkhidmatan feri berkelajuan tinggi yang pertama dari Kuala Kedah ke Langkawi bakal beroperasi pada Julai 2017. 

Pengasas Sani United Berhad (Sani Express), Datuk Wan Mohamad Sani Salleh, berkata pihaknya akan menyediakan dua feri yang membabitkan pelaburan RM50 juta. 

Feri dua tingkat itu boleh memuatkan 450 penumpang iaitu 400 untuk kelas ekonomi dan 50 kelas bisnes.
"Kami baru mendapat kelulusan Jabatan Laut bagi memulakan operasi feri ini," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Dana Mudahcara Di Bawah Inisiatif Dana Mudahcara Unit Peneraju Bumiputera (TERAJU), di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Wan Mohamed Sani berkata, perkhidmatan feri itu akan memendekkan waktu perjalanan berbanding feri sedia ada. 

Ketika ini, perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa antara satu jam 45 minit hingga dua jam, tetapi feri baharu itu hanya mengambil masa satu jam.
"Kami memohon kepada kerajaan supaya menaik taraf terminal feri di Kuala Kedah bagi kemudahan dan keselesaan pengguna katanya."

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment