AWAL pagi hari ini, kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pegawai polis dengan kesan tembakan di bahagian dahi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan.
Bukan sahaja berita tersebut menjadi tular di laman sosial, namun gambar mangsa yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah turut dikongsikan.
Menerusi status seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Neo Prince Lonely mendakwa dia adalah adik mangsa dan terkilan apabila gambar abangnya dikongsikan secara meluas.
“Tolonglah… Pikir sikit, tak ada hati perut ke? Paham derita orang tolonglah jangan post gambar abang saya… Tolong lah,” tulisnya.
Lelaki tersebut turut memuat naik status yang mangsa adalah satu-satunya abangnya.
“Dia satu je abang aku. Kenapalah ambil jugak?” tulisnya.
Baca: Pegawai Polis Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan
Sementara itu, menerusi satu kenyataan, polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan penyebaran gambar kematian mangsa.
Menurutnya, satu kertas siasatan sudah dibuka dan polis sedang mengesan individu yang membuat rakaman gambar tersebut.
Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa yang berpangkat Inspektor ditemui mati oleh anggota polis di dalam pejabatnya.
Mangsa yang berusia 29 tahun berasal dari Selangor ini mula bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh sejak 1 Mac 2017 dan baru setahun berkhidmat dalam pasukan polis.
Setakat ini, polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan. –MYNEWSHUB.CC
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment