15 Tahun Terpisah Dari Ibu Kandung Dia terpisah dengan ibu kandungnya sejak berusia 2 tahun. Waktu itu dia diletakkan di rumah pengasuh. Ibunya bekerja.
Apabila berlaku perceraian masing masing membawa haluan. Hak penjagaan anak tunggal ini jatuh kepada ibu. Ibu meneruskan kehidupan harian bersama anak tunggalnya. Apabila keluar bekerja, anak diletakkan di rumah pengasuh. Oleh kerana merasa tidak perlu dihebahkan hal ehwal rumah tangga kepada sesiapa maka terjadi perkara ini.
Suatu hari sebaik pulang dari kerja terus ke rumah pengasuh untuk mengambil anak. Pengasuh memaklumkan anak telah diambik oleh bapanya. Terkejut yang amat si ibu. Menangis meraung tidak terkira apabila kehilangan anak.Balik ke rumah terus cuba menghubungi bekas suami.
Namun nombor yang ada tidak digunakan lagi. Bila bertanya kepada mertua, mertua tidak memberikan kerjasama. Mereka cuma jawap tidak tahu. Si ibu cuma dapat membuat laporan polis sahaja namun usaha mengesan keberadaan anak bersama di bapa tidak langsung dapat diketahui.
Minggu, bulan beranjak ke tahun. Kerinduan tidak pernah padam kepada anak tunggal. Hanya doa dapat di titip agar suatu hari nanti dapat ditemui.Zaman fb bermula. Anak pun sudah meningkat remaja.
Sudah pandai buka akaun fb. Kebetulan kakak tiri cuba cuba menaip nama penuh si adik kerana kasihan melihat keadaan ibu yang terus terus kerinduan.
Apabila search nama penuh si adik, terjumpa. Nama si adik memang lain dari yang lain, nama gabungan 2 cinta suatu ketika dulu. Ditambah puteri. Maka sudah pasti tidak ada sesiapa pun yang mempunyai 2 orang yang sama nama. Kakak mohon untuk menjadi kawan dan diterima. Sejak umur si adik 15 tahun kakak mula mengikuti perkembangan si adik dan berkongsi maklumat dengan ibu.
Betapa gembira si ibu bila tahu itu anak kandungnya. Diikuti status si anak setiap hari. Melihat kehidupan si anak bahagia dan laluan kehidupan masih lurus si ibu ambik masa untuk mencari jalan bertemu. Si ibu tidak mahu mengganggu, takut takut terganggu emosi dan pembelajaran.
2 tahun berlalu, sebaik tamat peperiksaan SPM rumah tangga bapanya telah bergoncang kuat. Ibu tiri diceraikan. Sedangkan selama ini hubungan dengan ibu tiri sangat baik sementelah dari kecil dia tidak tahu itu sebenarnya ibu tiri. Ketika usia 15 tahun baru dia tahu kedudukan si ibu tiri apabila melihat sijil lahirnya. Namun apabila bertanya, tidak ada sesiapa yang mahu menjawap dan menerangkan dimana ibu kandungnya.
Selepas peperiksaan SPM, ibu tiri telah bercerai dengan si bapa, si anak merasa sedih dan cuba mendapatkan maklumat kandungan dari si bapa. Bapa marah yang amat hingga terjadi pergaduhan yang besar. Segala status akhir akhir tu telah menceritakan kesedihan diri.
Si ibu dan si kakak tiri tidak terlepas mengikuti perkembangan status si adik. Sejak menjadi sahabat fb, si kakak sering berhubung dengan si adik. Bertegur sapa dan berkongsi cerita. Jadi bila si adik menaikkan status sedih sedih, segera si kakak menghubungi si adik agar berkongsi masalah yang sedang dihadapi. Hingga suatu hari si adik mengambarkan yag dia mahu lari dari rumah bapa. Akibat dari pergaduhan besar tempohari.
Sikakak melayan si adik. Mula mula nasihat apabila adik tetap dengan keputusannya si kakak mengikutkan saja. Si kakak menawarkan pertolongan agar si adik tidak pergi membawa diri ke tempat yang tidak diketahui.Apabila bertemu ditempat yang dijanjikan, si kakak membawa si adik pulang ke rumah. Si adik masih tidak mengetahui siapa kawan fb yang sangat prihatin dan baik ini.
Di rumah si adik dipertemukan dengan si ibu yang penuh kerinduan. Apabila bertemu setelah 15 tahun terpisah si ibu puas memeluk dan mencium si anak. Dirangkul si anak sepenuh hati. Si anak kehairanan. Si ibu pun bercerita. Bermula dari awal, sambil menunjukkan bukti dari anak dilarikan oleh si bapa. Bukti gambar ketika si anak lahir, perintah mahkamah dan report polis sebagai membukti bahawa si ibu bukan mengabaikan tanggungjawap kepada si anak. Si ibu tidak mahu hati anak terluka dan menyalahkan si ibu atas apa yang berlaku terhadap kehidupan sehingga dia menumpang kasih dengan si ibu tiri.
Alhamdulillah ibu tirinya baik. Memberikan kasih sayang dan pengasuhan sebaik baiknya.
Tinggal si anak dengan ibu kandung pula. Segera si ibu kandung memaklumkan kepada si bapa keberadaan anak. Awal awal memang bapa berasa marah. Lama kelamaan bapa sedar bahawa dia tidak dapat memisahkan anak dengan ibu kandung walau apa cara pun. Kasih sayang antara anak dengan ibu kandung telah menarik anak kembali kepada si ibu.Tinggal dengan si ibu, si anak memilih untuk bekerja awal pun usia masih muda. Si anak tidak mahu meneruskan pelajaran lagi. Si ibu akur. Tidak mahu memaksa demi hubungan mesra yang baru terjalin.
2 tahun berlalu, suatu hari si anak terlewat pulang dari kerja. Disangkakan ada kerja lebih masa. Si ibu cuba bersangka baik dan menunggu anak pulang. Dihubungi melalui telefon tidak berjawap. Hingga awal pagi anak tidak pulang barulah si ibu dengan si kakak mencari. Telefon sana , telefon sini. Apabila mendapat maklumat, rupanya si adik telah diperdaya oleh teman kerja lelaki. Kononnya mahu tolong menghantar pulang ke rumah tetapi bukan ke rumah ibu, dihantar pulang ke rumah sewa kawan. Di situ si adik di rogol berkali kali hingga lembik.
Apabila teman kerja itu tertidor kepenatan, si adik berjaya mendapatkan telefonnya dan menghantar whatsApp kepada si ibu berserta lokasi tempat dia berada.
Apabila si ibu dapat saja whatsApp dari si anak dengan lokasi dia berada, si ibu dengan si kakak yang telah berjam jam mencari segera menuju ke lokasi diberikan. Si anak berjaya melepaskan diri dari rumah dengan perlahan lahan dan melarikan diri ke pinggir jalan sehingga si ibu dan si kakak datang.
Memandangkan si anak dalam keadaan trauma, ketakutan dan kesedihan, tidak mampu bercerita, si adik di bawa pulang ke rumah dahulu. Ditenangkan dan diberikan masa untuk berehat.
Esoknya barulah laporan polis dilakukan. Apabila polis ke rumah sewa, lelaki itu telah menghilangkan diri. Apabila dilakukan pemeriksaan fizikal jelas si adik telah disetubuhi dengan paksa. Tetapi kesan air mani telah hilang kerana si adik telah mandi dan membersihkan diri. Lelaki itu lepas bebas tidak berjaya ditangkap.
Hari berganti minggu dan bulan, sementelah kedatangan haid yang tidak teratur, si anak tidak mengesyaki apa apa kelainan pada tubuh sehingga suatu hari berasa tidak selesa dan perut keras menyukarkan buang air besar.
Barulah si ibu membawa ke klinik untuk melakukan pemeriksaan.Alangkah terperanjatnya,kesan disetubuhi secara paksa telah membenih tumbuh di dalam rahim. Si anak mengandung 5 bulan. Si ibu dan si anak sama sama panik, binggung dan buntu.
Si kakak bertindak mencari jalan keluar masalah. Cuba mencari maklumat rumah perlindungan. Dan akhirnya si ibu menghubungi Baitus Solehah untuk meletakkan anak disini hingga melahirkan.
Jiwa anak perlu dibangunkan semula agar tidak terus berputus asa dengan kehidupan. Si anak telah melalui suatu perjalanan hidup yang penuh onak dan ranjau bermula dari dia dipisahkan dari ibu kandungnya sendiri. Banyak pelajaran yang ditimba. Kesakitan jiwa rohani dan jasmani.
Walaupun tidak ada pengabaian tetapi jiwanya tetap sakit. Kasih sayang murni dari Allah Yang Maha Esa. Si ibu berharap jiwa anak yang sakit dipulihkan semula untuk redha dengan keadaan yang dihadapinya. Perjalanan hidup ini masih jauh lagi ...
Ambillah teladan dari kisah ini. Yang baik dijadikan pegajaran dan yang tidak molek dijadi pelajaran.
Admin,
Muna liza binti Ismail
#BaitusSolehah
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment