#Ibu bapa yang sentiasa berkorban segala-galanya dalam memastikan kebajikan anak terjaga merupakan insan yang hebat. Kisah-kisah jasa dan pengorbanan seorang ibu dan juga bapa sering dijulang tinggi dan dijadikan inspirasi oleh ramai orang.
Misalnya, kisah ibu bapa yang gigih menjaga anak yang sakit walaupun hidup dalam kemiskinan. Mereka yang hebat juga akan sentiasa berada di sisi anaknya demi kesejahteraan dan jaminan masa depan mereka.
Namun, terdapat juga sesetengah ibu bapa yang tidak memiliki sifat perikemanusiaan.
Kisah-kisah yang memenuhi dada-dada akhbar seperti pembuangan bayi dan sebagainya menjadi contoh bahawa bukan semua ibu dan bapa itu adalah baik.
Di China, sebuah rakaman CCTV berjaya menunjukkan detik yang sangat memilukan hati sesiapa yang melihatnya. Seorang wanita dirakamkan tergamak meninggalkan anaknya secara sengaja di sebuah kawasan parkir kereta.
Rakaman ini telah menjadi tular di media sosial setelah dikongsikan oleh netizen dan juga pihak media di beberapa negara. Video ini sememangnya telah mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.
Melalui sebuah laporan oleh Daily Mail, rakaman ini diambil di sebuah bandar Guiyang, Guizhou, China. Ibu yang tidak bertanggungjawab ini dilihat memandang ke sekelilingnya bagi memastikan perbuatannya tidak dilihat oleh sesiapa. Kemudian, dia bertindak menyandarkan anaknya ke dinding dan terus meninggalkannya dengan segera.
Nasib baik, seorang wanita yang merupakan pekerja di kawasan parkir tersebut telah ternampak bayi malang yang sedang merangkak itu
Dia mengambil keputusan untuk menyelamatkan budak tersebut. Wanita ini telah membawanya ke balai polis dan menerusi laporan yang diterima, pihak berkuasa kini sedang mencari wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak berkenaan
Diharap ibu tidak bertanggungjawab ini akan menerima hukuman yang setimpal di atas kesalahan yang dilakukannya. Walau apa jua kesukaran hidup yang harus ditempuhi, dia tidak sepatutnya meninggalkan anaknya sendirian tanpa sengaja.
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment