Macam2 cara kami usahakan termasuk petrubatan moden,kg .siap berurut lagi.Bila tahu isteri mengandung memang bersyukur ,sy cube banyakkan masa dgn isteri.isteri surirumah .sebab kami mahukan yg terbaik untuk anak,sy daftar isteri untuk bersalin di salah satu private hospital.kalau sy sebut nama hospital tu,rata2 mesti kenal.Masa nak bersalin ,semua normal sy pom ada sama dalam LR.Lps bersalin isteri ok sihat,anak sihat.
Balik je kat rumah seminggu lps tu badan isteri mula lemah dan sesak nafas.Saya bawak siteri ke hospital dan doctor detect ada jangkitan kuman dalam darah.puncanya…masa isteri bersalin baki darah tidak dibersihkan seeloknya.umpana masih bersisa darah kat dalam.Allah ,berat sungguh dugaan,hanya seminggu isteri dapat bersama anak kami.anak yg masih tak kenal wajah ibu,yg masih memrlukan susu ibu
.sungguh demi Allah,aku tak kuat.Mujurlah ada keluarga dan rakan2 yg bnyak beri semangat.2 minggu cuba melawan tp bila sel kulit dah mati,hampir seluruh tubuh isteri jadik hitam.akibat jangkitan kuman.Aku cuba tak menangis masa bersama isteri ketika menemaninya d NICU ,sebab doctor kata mungkin dia koma tapi dia bleh dgr dan rasa apa yg kita cakap.Tp aku tak mampu,bila teringat anak kami yg masih kecil,sapa yg nak jaga anak nanti kalau isteri takde?
100% bergantung pada mesin oksigen akhirnya isteri pergi jugak.Aku cube sabar dan istifar sebab tiada satu pom di dunia milik kita ,semua milik Allah.tapi aku bersyukur sebab aku sempat teman isteri masa dia nak melahirkan.Ye,aku baca pasal kerinduan sorang suami pada isterinya yg meninggal masa bersalin tu.Aku dapat memahami perasaan tu sahabat.Dan ramai minta aku saman private hosp yg aku daftar tu tp kalau aku saman pom isteri tak mungkin kembali.
Dan hanya akan buat aku sedih kalau kes ni dibuka.Masa isteri pregnant,aku jaga makan pakai dia,apa yg dia nak makan,aku usahakan sampai jumpa tp hanya sebab kesilapan mereka,aku dan anak kehilangan isteri dan ibu.Anak sekarang mak aku dan mertua gilir jaga,aku dalam prosess untuk tukar tempat kerja kat kg untuk senang aku jaga dan uruskan anak sendiri.Alahmdulillah ,Allah hadirkan anak yg seiras isteri aku.sedikit sebanyak rasa rindu terubat bila tgk wajah anak .
Untuk lelaki kat luar sana,layan dan hargai isteri korang,kita tak tahu sampai bila jodoh kita.Alfatihah untuk isteri .
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment