Muhyiddin Berbuka Dengan Guan Eng Demi Survival Hidup Politiknya
Kalau Pengerusi parti bunga, Mahathir Mohamad gemilang politiknya hancur apabila sanggup hadir dalam majlis DAP duduk bersebelahan dengan Lim Kit Siang. Bagi Presiden parti itu pula, Muhyiddin Yassin maruahnya lebur apabila sanggup berbuka puasa dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu majlis di sebuah masjid di Pulau Pinang
Ini sudah tentu gerakan Muhyiddin untuk mendapatkan talian hayat untuk menyelamatkan nyawa politik beliau selepas semakin sepi dan semakin dipinggirkan dalam partinya, PPBM.
Bagi Muhyiddin, dia memandang tinggi kepimpinan DAP sebagai satu contoh kepimpinan yang baik untuk dirinya sehingga sanggup menghadirkan diri meraikan Ketua Menteri Pulau Pinang itu di Masjid Pulau Betong, semalam.
Di Johor, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilarang menganjurkan majlis berbuka puasa di kawasan Parlimennya, Pagoh oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak selepas Muhyiddin sudah merancang untuk berbuka dan menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk setempat.
Ia berikutan Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur lokasi majlis berkenaan tidak membenarkan Muhyiddin menganjurkan majlis berkenaan.
Prinsip Muhyiddin yang dilaungkan lama ketika dalam UMNO bahawa DAP parti yang memecahbelahkan Melayu, parti perkauman dan parti yang mahu melihat negara rosak musnah dan sekarang dia dan Guan Eng kawan rapat.
Seorang bekas anggota kerajaan kini meletakkan dirinya di bawah kuasa Guan Eng kerana dari segi bilangan kerusi PPBM, hanya ada satu kerusi di Dewan Rakyat, iaitu kerusi Pagoh.
Kalau dulu, takkan Muhyiddin hendak turun meraikan Guan Eng kerana ia akan merendahkan maruah dirinya sanggup berkawan dengan Setiausaha Agung DAP itu yang juga anak kepada Kit Siang.
Dalam Pakatan Harapan, parti-parti lain tidak kuat seperti DAP dan ada di antara parti yang tidak menyukai Muhyiddin selepas dia nampak lemah dalam mentadbir PPBM dan juga mereka tidak mahu Muhyiddin turut jadi calon Perdana Menteri pembangkang jika menang PRU14 nanti.
Betapa aneh, bekas pemimpin-pemimpin UMNO ini memilih pemimpin DAP untuk mereka bergantung padahal Kit Siang dan Guan Eng penuh dendam kesumat ke atas Mahathir dan Muhyiddin kerana lama dikecam oleh mereka berdua semasa masih menjadi pemimpin Barisan Nasional (BN).
Muhyiddin dan Mahathir tahu DAP ada agenda yang memang amat jahat untuk terus melenyapkan BN dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan itu sebenarnya yang mereka mahu dari DAP untuk menjayakan misi mereka. – pru14.tv
http://www.pru14.tv/2017/06/02/muhyiddin-berbuka-dengan-guan-eng-demi-survival-hidup-politiknya/
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment