Home » » "benda yang kau terkejar kejar dalam hidup kau sebenarnya ada kat depan mata kau saja (isteri)... kau pelihara tu dulu.. kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang".

"benda yang kau terkejar kejar dalam hidup kau sebenarnya ada kat depan mata kau saja (isteri)... kau pelihara tu dulu.. kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang".


Demi isteri abang... =)
Hye warga 9bulan10hari. Ni story fresh2 dari Ipoh otw ke KL dalam ETS.. hehe..
Dari Ahad lepas isteri saya cakap mengidam sambal telur mak... mak mertua di Ipoh.. kami di KL.. kerja pulak bertimbun... dalam hati fikir isteri mengandung mesti mengidam ni... baju raya tak beli lagi... duit raya tak tukar lagi.... adoi serabut masa tu... 

Hari isnin & selasa masa saya balik kerja tu mata isteri lebam... tanyalah kenapa... dia kata tak ada apa... lepas maghrib tu isteri saya cakap dia rindu sangat2 sambal telur mak... siap menangis & cakap teringin nak telur rebus yang mak rebus jugak... 

Allah.. tersepit masa tu... tapi demi wife.. saya call jugak boss ni walaupun dengan boss wsup pun pasal meeting ja...
"Encik Bukh, boleh tak saya nak minta cuti esok & lusa sebab nak bawa isteri balik Ipoh? Isteri saya teringin nak makan masakan ibu.. siap menangis2.. saya serba salah En Bukh... nanti balik dari Ipoh saya siapkan kerja"
En Bukh : Hamdan, kenapa tak bagi tahu saya awal awal...? Awak ambiklah cuti... jangan risau pasal kerja ni. Jaga isteri dulu... insyaALLAH semuanya akan ok. 

Fuh lega. maka saya pun bawak isteri balik Ipoh... Dah sampai rumah mak mertua... terus dia makan... walaupun masa tu dah pukul 1 pagi.. sedap nampak dia makan.... siap bunyi2... pastu muka happy semacam.... kesian isteri abang... mengidam sungguh... Rupanya nilah gaya mengidam... sampai menangis ha masa makan... sayang sayang.... 

NI pagi tadi masa kami baru naik train, saya dapat msg dari bos cakap kerja dah siap... & boss siap bagi advance duit raya bukan untuk saya saja.. tapi isteri & anak dalam perut sekali.
Inilah namanya rezeki membahagiakan isteri. Baju raya kami mak mertua dah belikan... duit raya ayah mertua tukarkan.. kerja office dah siap... ALLAH.... betul lah... macam yang saya baca di posting page #9bulan10hari sebulan lepas tak silap...

"benda yang kau terkejar kejar dalam hidup kau sebenarnya ada kat depan mata kau saja (isteri)... kau pelihara tu dulu.. kau bahagiakan dia, baru yang lain akan datang".
Tenang rasa hati..... tak serabut macam minggu lepas lagi... =) Alhamdulillah....

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment