Home » » Pemandu Grab Car yang menghina penumpang warga asing ditamatkan perkhidmatan dan disenaraihitam.

Pemandu Grab Car yang menghina penumpang warga asing ditamatkan perkhidmatan dan disenaraihitam.





Kutuk Pelancong China, Pemandu Grabcar Ditamatkan Perkidmatan
Pemandu Grab Car yang menghina penumpang warga asing dalam video yang tular di laman sosial sejak Selasa lalu sudah ditamatkan perkhidmatan sebagai pemandu Grab Car dan disenaraihitam.

Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata , Grab Car komited dalam memastikan keselamatan penumpang selain menawarkan perkhidmatan yang murah dan mudah.

“Sejak video itu tular, kami mengenal pasti pemandu terbabit dan menyingkirkan dia daripada senarai pemandu serta-merta.

“Sebagai syarikat perkhidmatan pengangkutan dengan rangkaian yang terbesar di Malaysia, kami amat menitikberatkan keselamatan dan keselesaan penumpang,” katanya.

Tambahnya, Grab Car tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kegiatan jenayah dan salah laku yang serius oleh pemandu Grab Car.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku pemandu yang bukan sahaja membahayakan penumpang tetapi pada masa yang sama mencemarkan reputasi pemandu lain,” katanya.

Terdahulu, seorang pemandu Grab Car dilihat menghina penumpang warga asing dengan menggunakan perkataan kesat seperti ‘bodoh’ dalam video berdurasi satu minit itu.

Video terbabit menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata marah dan menganggap pemandu itu tidak beradad



http://www.cempedakcheese.com/2017/06/kutuk-pelancong-china-pemandu-grabcar.html

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment