Home » » Guru ditahan disyaki pukul isteri kerana kekasih gelap

Guru ditahan disyaki pukul isteri kerana kekasih gelap

Guru ditahan disyaki pukul isteri kerana kekasih gelap
SIBU: Angkara perempuan simpanan, seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sini ditahan polis selepas disyaki mencederakan isterinya yang menuntut cerai.

Dalam kejadian pada jam 3.40 petang kelmarin, pengadu yang berusia 32 tahun, seorang guru sebuah sekolah menengah di sini dihalang dan dipukul suami yang juga berumur 32 tahun ketika mengambil barang di rumah mereka di UluSungai Merah di sini.

Ketua Polis Daerah IPD Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, pengadu mengalami keretakanjari kaki kanan (jari manis dan kaki kelengkeng), kesan calar dan lebam di kedua-dua belah tangan akibat tindakan suami yang juga seorangguru di sekolah menengah lain di bandar ini.

Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati suspek bertindak memukul isteri kerana tidak bersetuju isterinya mahu menuntut cerai.“Suspek juga disyaki mengugut akan mencederakan ibu bapa pengadu sekiranya mereka masuk campur dalam hal rumah tangga mereka,” kata Saiful.

Katanya,
kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila pengadu mengesyaki suaminya mempunyai perempuan simpanan di luar.

Suspek telah ditangkap dan telah direman seharisehingga 16 Jun (hari ini) untuk membantu siasatan lanjut.Saiful menambah, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dan menakutkan secara jenayah.
#sumber utusan Borneo online
gambar sekadar hiasan

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment