Home » » budak lelaki kelihatan tidak bermaya akibat diberi dadah oleh teman lelaki ibunya

budak lelaki kelihatan tidak bermaya akibat diberi dadah oleh teman lelaki ibunya

"KALAU SAHABAT JUMPA PARENT MACAM NI NAK BUAT APA DENGAN DIA...?"
#Polis buru lelaki beri dadah kepada budak tiga tahun

ALOR SETAR 14 Jun - Tidak berperikemanusian dan melampau, apabila seorang budak lelaki kelihatan tidak bermaya akibat diberi dadah oleh teman lelaki ibunya dipaparkan dalam satu rakaman video. �

Gambar dipetik daripada rakaman video tular di media sosial yang memaparkan seorang budak tiga tahun kelihatan khayal disyaki diberi dadah oleh teman lelaki ibunya.

Video yang memaparkan mangsa yang berusia tiga tahun kelihatan khayal dipercayai akibat dadah jenis syabu itu tular di media sosial termasuk dilihat nenek mangsa dari Gurun.
Ekoran itu, polis kini giat memburu suspek untuk menyelamatkan mangsa setelah wanita berusia 53 tahun itu membuat laporan polis kira-kira pukul 4.39 petang semalam.

"Pengadu melihat beberapa video berkenaan yang dihantar oleh suspek risau tentang keselamatan cucunya itu yang kini berada dalam penjagaan bekas menantu perempuannya.

"Siasatan awal mendapati suspek merupakan teman lelaki bekas menantu perempuan pengadu," katanya di sini hari ini.
Tambah beliau, pengadu juga ingin menuntut kembali hak penjagaan keatas cucunya kerana merasai cucunya diabaikan.

"Suspek sudah dikenal pasti dan tindakan untuk mengesan dan menangkap saspek serta menyelamatkan mangsa giat dijalankan," katanya.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment