Home » » Tunang saya pernah mengandungkan seorang perempuan dan kini anaknya umur 3 tahun

Tunang saya pernah mengandungkan seorang perempuan dan kini anaknya umur 3 tahun

Assalamualaikum admin. Minta hide profile ya. Saya pinjam acc sahabat baik saya.
Saya akan berkahwin dalam tempoh sebulan lagi. Segala persiapan dah dibuat. Tetamu kenamaan, sedara mara, sahabat handai semua dah dijemput.
Saya tak tahu kenapa baru sekarang saya terfikir soal ni. Tunang sy seorang lelaki yg baik, caring, loving, bertanggungjawab.. 

Tapi satu je masalah yg saya fikirkan sekarang ni. Tunang saya pernah mengandungkan seorang perempuan dan kini anaknya itu tinggal bersama perempuan tersebut (anaknya kini berumur lingkungan 3 tahun). Dia tidak berkahwin dengan perempuan itu atas sebab mak perempuan tu tak sukakan dia & larang dia jumpa/kahwin dengan anak dia.


Dia cuma cerita kisah silam dia hanya pada saya seorang dalam tempoh pertunangan kami. Saya tergamam. Saya tanya pada dia, dia xde hati ke dengan perempuan tu? Dia kata tak. Dia kenal permpuan tu pun dulu sebab dulu hidup dia memang agak sosial dan sebab dulu perempuan tu yg nak sangat anak ( panjang lagi kalau nak huraikan sebenarnya). Saya fikir macam mana kalau dah kahwin nanti? 

Macam mana kalau perempuan tu asyik contact dia? Sebab sekarang pun dia still contact dengan perempuan tu. Contact atas sebab anak. Videocall bagai. Bila sy check phone tunang sy. Hati sy bagai dihiris hiris. Kami jarang berjumpa kerana sy di timur dia di selatan. Saya takut nak teruskan semua ni tapi dalam masa yg sama kalau sy tak teruskan keluarga saya tentu akan dapat malu

Saya tak pernah share pasal semua ni pada ibu bapa sy. Sy betul² buntu. Saya nakkan nasihat daripada mereka yg dah berkahwin. Apakah yg saya perlu lakukan. Saya betul betul takut nak kahwin sebab takut di kemudian hari sy menyesal kahwin dengan dia sebab anak dia tu. Dia cakap kalai lepas kahwin still contact pun mungkin pasal nafkah anak je tak lebih. Hmm.. 

 Satu lagi sy takut nak kahwin sebab sy dah 3 kali operation buang ketumbuhan (ovarian cyst) dan doctor kata kes ni memang akan berulang.. Sy takut kalau sy tak dapat nak berikan dia zuriat.. Sampai sekarang ni sy dah takde hati nak kahwin dengan sesiapa. Bantulah saya. Bagi kata kata semangat pun cukup. Tq admin. Mohon kalian jangan kecam.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment