Home » » Rosmah digesa memulangkan barang kemas bernilai RM128 juta yang didakwa dibeli menggunakan wang rakyat yang dicuri

Rosmah digesa memulangkan barang kemas bernilai RM128 juta yang didakwa dibeli menggunakan wang rakyat yang dicuri



BANGI, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor digesa memulangkan barang kemas bernilai RM128 juta yang didakwa dibeli menggunakan wang rakyat yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam, agensi berita Reuters yang memetik laporan saman terbaharu Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mengaitkan Rosmah dengan pembelian barang kemas, termasuk kalung permata berlian, bernilai hampir RM128.29 juta menggunakan wang yang diseleweng daripada dana 1MDB dan melalui akaun Najib

Reuters menyebut, menurut saman terbaharu DoJ, kalung berlian berkenaan dibeli pada 2013, hanya sebulan selepas AS$680 juga dipindahkan ke akaun peribadi Najib di Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia berkata, wang itu adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kalung berlian itu dibeli dari Lorraine Schwartz di New York. Saman terbaharu itu turut mendedahkan pesanan Jho Low kepada Schwartz pada Jun 2013 yang menyebut “Need a 18 carrot (carat) pink heart diamond vivid or slightly short of vivid. On diamond necklace urgent”.

Sebulan kemudian Schwartz menunjukkan kalung itu kepada sekumpulan individu, termasuk Rosmah, di atas sebuah kapal layar mewah dan besar di dunia – Topaz – di Monaco. Jho Low menyewa kapal layar berukuran 147 meter itu selama tujuh hari pada awal Julai 2013, kata laporan DoJ.

Rosmah dan Jho Low sekali lai bertemu Schwarts di sebuah hotel di New York pada September tahun yang sama, ketika Najib berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kalung itu akhirnya diserahkan kepada seorang rakan Rosmah yang tidak dinamakan pada 2014 di Hong Kong, yang kemudian menyerahkan kepada Rosmah di Kuala Lumpur, kata DoJ. Jho Low juga menguruskan pembelian 27 barang kemas lain bernilai RM5.56 juta kepada Rosmah pada 2014.

Antara penerima aset yang diperolehi menggunakan wang 1MDB ialah pelakon terkenal Leonardo DiCaprio. Beliau telah dihadiahkan sebuah lukisan mewah bernilai RM3.2 juta oleh Jho Low. Media Amerika Syarikat melaporkan bahawa pelakon terkenal itu telah memulakan prosiding untuk memulangkan aset tersebut kepada kerajaan Amerika Syarikat. Ini adalah satu langkah yang terpuji.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini berkata, barang kemas itu bukan hak milik peribadi Rosmah kerana ia dibeli menggunakan wang 1MDB yang dicuri.

“Saya ternanti-nanti tindakan Datin Seri Rosmah Mansor memulangkan barangan kemas bernilai RM128 juta kepada kerajaan Malaysia. Barangan kemas itu bukanlah milik peribadi beliau kerana ianya dibeli dengan menggunakan wang 1MDB. Justeru, saya menyeru Datin Seri Rosmah supaya segera berbuat demikian,” katanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, dalam keadaan perbelanjaan kerajaan dipotong kerana kekangan kewangan yang meruncing, wang sebanyak itu boleh digunakan untuk pelbagai program kebajikan rakyat.

Beliau memberi contoh tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pernah menerima peruntukan sebanyak RM400 juta pada 2009, namun pada tahun ini hanya RM100 juta diperuntukkan kepada KWAPM untuk diagihkan kepada lebih satu juta pelajar miskin di seluruh negara.

“Alangkah baiknya jika Datin Seri Rosmah dapat memulangkan barangan kemas tersebut kepada kerajaan. Dengan pemulangan itu, kerajaan akan mendapat pertambahan dana sebanyak RM128 juta yang boleh dimasukkan ke dalam tabung KWAPM untuk manfaat pelajar-pelajar miskin di seluruh negara.

“Saya menyebutkan perkara ini bukan dengan niat untuk menyindir. Tetapi untuk menunjukkan bagaimana kehilangan wang 1MDB memberi kesan kepada rakyat jelata. Betapa banyak manfaat yang sepatutnya dikecapi oleh rakyat telah hilang begitu sahaja oleh kerana penyelewengan yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri,” katanya.



http://www.otaibersih.net/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment