Home » » “Saya sudah tua, saya berada dalam politik selama 40 tahun. Sudah terlambat untuk mengubah gaya saya.-nazri

“Saya sudah tua, saya berada dalam politik selama 40 tahun. Sudah terlambat untuk mengubah gaya saya.-nazri



Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata, beliau akan terus mempertahankan kerajaan dan partinya dengan gayanya selama ini. – Foto mStar

Datuk Seri Nazri Aziz menerima nasihat rakannya dalam Kabinet, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, tetapi berkata beliau terlalu tua untuk mengubah gaya politiknya.

“Saya sudah tua, saya berada dalam politik selama 40 tahun. Sudah terlambat untuk mengubah gaya saya.

“Saya selalu macam ini. Saya selalu menjadi pahlawan dan tidak fikir saya boleh berubah pada usia ini,” katanya lapor Free Malaysia Today.

Nazri berkata demikian selepas Rahman menasihatkannya lebih bijak menjawab pertanyaan pemimpin politik lain, terutama yang dikemukakan rakan sejawatan di Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.


“Tidak mengapa jika orang mahu mengadu atau membangkitkan isu. Di peringkat persekutuan, kita (perlu) lebih mendengar. Kita tidak boleh menjawab pertanyaan dengan (soalan seperti) awak ‘anak jantan’ atau tidak.

“Beliau bercakap mengenai ‘jantan’ dan ‘betina’ sejak sekian lama. Kita perlu terus mara,” kata Rahman hari ini.

Untuk itu, Nazri berkata, tidak kisah beliau suka atau tidak, yang penting ialah hasratnya untuk “mempertahankan kerajaan persekutuan, parti dan presiden saya”.

“Gaya itu tetap sama,” katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, jika Karim menemuinya dan bertanya secara peribadi berhubung cukai pelancongan, beliau akan menjawab dengan cara sesuai.

Sebaliknya, beliau berkata, Karim menyerang dan menuduhnya serta kerajaan persekutuan tidak menghormati hak Sarawak.

“Rahman sepatutnya tahu bagaimana saya jawab soalan di Parlimen. Beliau boleh belajar dengan banyak daripadanya.

“Jika sesiapa tanya saya soalan, saya akan jawab. Tetapi apa yang berlaku (dengan Karim) ialah beliau tidak tanya saya sebarang soalan, beliau hanya membuat tuduhan.”

Bagaimanapun, di sebalik perang mulut antara Nazri dan Karim yang berlarutan beberapa hari, ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, semua pihak terlibat, termasuk Rahman perlu tahu beliau bukan orang yang akan menyimpannya di dalam hati.

“Rahman sepatutnya tahu, beliau berada dalam Kabinet bersama saya sejak beberapa tahun lalu. Saya tidak pernah simpan sesuatu perkara secara peribadi, dan saya pasti tidak akan berbuat demikian. – MDN


http://www.malaysiadreamnews.com/24222/nazri-aziz-terima-nasihat-rahman-dahlan-terlalu-tua-untuk-ubah-gaya/

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment