PUTRAJAYA: Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri menjelaskan persoalan berkenaan wali dalam rukun nikah yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Kata beliau, menurut mazhab Imam As Syafie, wali merupakan rukun dan ini pendapat kebanyakan ulama serta berdasarkan dalil yang jelas.
Jawapan itu secara tidak langsung menolak dakwaan Zainah Anwar sebagai ‘wakil’ Ulama Perempuan Malaysia di Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) di Kota Cirebon, Indonesia, April lalu yang menekankan peranan wanita dalam Islam dan menyentuh amalan di negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan mana-mana wanita untuk bernikah.
Dr Zulkifli berkata, kenyataan kumpulan feminis untuk menghapuskan wali sebagai rukun nikah itu adalah suatu pandangan yang tidak tepat, mengelirukan dan agak tergesa-gesa tanpa memahami dalil dengan baik.
Menurut cadangan Laporan Alternatif KUPI, Pengasas Bersama Sisters In Islam itu turut menuntut supaya keizinan wali bagi mana-mana wanita yang ingin bernikah dipinda iaitu seorang wanita seharusnya tidak memerlukan kebenaran daripada seorang wali bagi memasuki alam perkahwinan dan meminta Seksyen 13 bagi Undang-Undang Keluarga Islam untuk dipinda.
Sementara itu, Dr Zulkifli menegaskan bahawa permintaan itu adalah sesuatu yang tidak rasional.
Ini kerana wali lebih kenal seseorang yang dinikahkannya, maka secara tidak langsung institusi perkahwinan dapat dipelihara dengan lebih baik. Bagaimanapun, cadangan Zainah Anwar yang juga merangkap sebagai Pengasas Bersama & Pengarah MUSAWAH ini
konsisten dengan cadangan yang pernah ditulis beliau sendiri dan dikemukakan dalam laporan kedua daripada NGO-NGO Malaysia mengenai Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
Selain itu, Zainah Anwar juga pernah membuat dakwaan bahawa sebenarnya tiada otoriti dalam Al-Qur’an dan Sunnah Nabi berkenaan doktrin ijbar (wali mujbir).
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment