Bayi Setahun Mati Digilis Lori Di Kajang
Budak lelaki berusia setahun maut akibat digilis lori di Jalan Kampung Baru Cina, Semenyih, Kajang, 10 malam tadi.
Ketika kejadian A Harianiskumar dikatakan menunggang motosikal bersama abang, ibu dan neneknya di kawasan Flat Kampung Baru Cina.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sebuah lori yang baru keluar dari flat berkenaan melanggar mereka.
"Kejadian menyebabkan semua mangsa tercampak ke jalan, manakala kanak-kanak itu terjatuh di bawah tayar lori dan digilis.
"Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan maut di lokasi," katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kajang dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Ketika tiba di lokasi kami mendapati pemandu lori melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya," katanya.
http://www.cempedakcheese.com/2017/06/6-gambar-bayi-setahun-mati-digilis-lori.html
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment