Home » » [GAMBAR] Baju Melayu WWE Dan 9 Lagi Koleksi Raya Yang Boleh Buat Sakit Mata

[GAMBAR] Baju Melayu WWE Dan 9 Lagi Koleksi Raya Yang Boleh Buat Sakit Mata





1. Baju Melayu tak ada lengan see through abang sado


    Makin lama makin ramai abang sado. Maka sekarang wujudlah Baju Melayu yang direka khas untuk mereka. Selain di gym, abang sado kini dah boleh nak "belanja" lengan dan badan pada Hari Raya di rumah sanak saudara dan rakan taulan. Barulah orang nampak penat lelah mereka selama ini bina badan dengan penuh dedikasi.



2. Jubah moden aneka gaya

    Agak susah untuk explain fesyen ini sebenarnya kerana ia memang susah ditemui. Semakin lama jubah menjadi semakin trendy dan bergaya. Kalau dulu, jubah mesti ada satu warna sahaja dan langsung tak ada corak lain. Kini, fesyen jubah seperti itu nampaknya semakin pupus. Lihat saja pada rekaan jubah moden ini. Menarik bukan?



3. Baju Melayu bow tie

    Bow tie anyone? Fesyen Raya yang boleh kami kata agak up to date dan sangat rare. Kalau sebelum ini Baju Melayu Johor ada satu butang kat atas, sekarang butang dah digantikan dengan bow tie bagi memberikan lebih aura moden kepada si pemakai. Macam ini baru betul bergaya di Hari Raya.



4. Kurta camouflage

    Sesuai untuk orang yang beraya di dalam hutan. Bayangkan keadaan hutan di sekeliling dipadankan lagi dengan baju ala-ala "kehutanan", suasana Hari Raya pasti akan jadi lebih bermakna. Bak kata orang boleh dapat lebih feel. Bukankah itu apa yang setiap orang mahukan setiap kali Hari Raya?



5. Baju Melayu batik moden

    Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itulah peribahasa yang paling sesuai digunakan untuk Baju Melayu jenis batik moden ini. Dalam menampilkan ciri-ciri moden ke dalam pakaian, rekaan asli batik turut sama diselitkan bagi memberi keseimbangan. Sangat sesuai dikenakan oleh para jejaka yang pandai menilai seni dan budaya.



6. Jubah Polo


    Mungkin sudah serik dilabel "ditakuk lama" atau "tak berkembang", akhirnya tshirt kolar polo diubah suai menjadi jubah. Disuntik dengan elemen warna terang, jubah polo ini sememangnya nampak begitu menarik. Kalau sebelum ini tshirt polo mungkin terlalu ketat untuk bawa pegi surau dan masjid, masalah itu akan selesai selamanya.



7. Baju Melayu Referee WWE, Baju Melayu polka dots, Baju Melayu baju lain seluar lain, dll...


    Ada siapa-siapa yang nak jadi referee WWE? Kini anda boleh! Bukan itu saja, banyak lagi koleksi menarik yang ada di pasaran. Jenis-jenis Baju Melayu ini juga didatangkan dengan pocket square bagi menambahkan lagi gaya, mutu, dan keunggulan kepada para jejaka. Lebih baik cepat selagi stok masih ada. Jangan menangis tak berlagu sudah la ya.



8. Jubah #Kipidap Ayahanda Rani Kulop

 

    Inilah yang dinamakan bijak mengampil peluang. Sedang populariti mencanak naik, Rani Kulop tampil dengan jubah #Kipidap. Maklumlah, Ayahanda sekarang dah ada peminat, ramai followers, jadi mesti ramai yang mahukan penampilan macam idola mereka. Kalau yang ini, tak boleh kalau tak beli nanti kena report polis. Jaga-jaga! #Kipidap #Dongibab



9. Baju Melayu Hipster


    Hipster, hipster everywhere. Jangan ingat baju biasa saja ada elemen hipster, Baju Melayu pun dah ada sekarang. Sesuai dengan peredaran zaman, Baju Melayu ini menggabungkan kombinasi konsep geometri dan grafik moden dan tidak mengubah nilai etnik sesebuah pakaian. Moden + Tradisional = Terbaik!



10. Jubah Pahlawan v-neck


    Membawa tema "striking and colourful", Jubah Pahlawan sememangnya menjadi satu fenomena dalam industri fesyen. Mana tak nya, baju warna-warni berkilauan, diperaga pula oleh abang-abang sado kacak, semua orang tengok pun terus rasa macam nak sarung terus jubah tu. Model-model abang sado ini juga boleh memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk pergi ke gym dan buat badan supaya boleh jadi kacak seperti mereka. Apa kata pergi gym pakai jubah ni. Because why not?

    says.com

Amacam OK ke tak OK? Kami pasti anda semua rasa lebih excited nak sambut Hari Raya!






Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment