Home » » “Jodoh aku pasti datang, kalau bukan dengan kau, dengan maut. Mana datang dulu aku sambut”-maut langgar treler bauksit

“Jodoh aku pasti datang, kalau bukan dengan kau, dengan maut. Mana datang dulu aku sambut”-maut langgar treler bauksit


jodoh atau ajal, Mana yang datang dulu aku sambut|Seakan tahu ajalnya kian hampir, seorang remaja yang maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar treler sarat dengan muatan bauksit telah memuat naik status dalam laman sosial Instagram miliknya bahawa Ramadan tahun ini adalah yang terakhir buatnya.

Mangsa, Mohamad Adam Isma Hassan, 18, memuat naik entri itu beberapa hari sebelum terbunuh dalan kemalangan kira-kira jam 8.20 malam kelmarin di Kilometer 8 Jalan Kijal-Ibok berdekatan Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.

Nahas itu berlaku ketika mangsa yang beralamat di Kampung Perdah, Jong Berlabuh, Kijal dalam perjalanan ke Bandar Chukai dari rumahnya untuk bertemu rakannya.

Bagaimanapun, ketika melalui lokasi kejadian Mohamad Adam terlanggar belakang treler sarat muatan bauksit yang rosak dan tersadai atas jalan.

Keadaan jalan di kawasan itu yang gelap dipercayai menyebabkan mangsa tidak menyedari treler berkenaan.

Ekoran rempuhan itu, mangsa tercampak sejauh kira-kira lima meter ke atas jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami cedera parah pada kepala dan badan.

Sebelum kejadian, mangsa juga baharu selesai berbuka puasa di rumah kakaknya tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain memuat naik status Ramadan terakhir, Mohd Adam turut memuat naik beberapa lagi entri yang berkait dengan kematian dalam akaun Facebooknya dan menimbulkan kehairanan rakan-rakannya.

Status yang turut dicoretnya berbunyi “Jodoh aku pasti datang, kalau bukan dengan kau, dengan maut. Mana datang dulu aku sambut”.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

http://eberita.org/jodoh-atau-ajal-mana-yang-datang-dulu-aku-sambut/







Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment