Ini
adalah X-Ray bahagian dada, seorang pesakit saya beberapa bulan yang
lalu. Adik ini, berusia dua bulan kalau tidak silap, dibawa ibubapanya
datang ke Jabatan Kecemasan kerana nafasnya kelihatan laju.
Apa yang dihidapi adik ini, cukup singkat. Dua hari sebelumnya bermula
demam, dan cuma pagi hari tersebut nafas laju. Tidak ada masalah lain.
Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, bacaan oksigen (SPO2) nya cuma 80%.
Doktor menjadi hairan apabila stetoskop diletakkan di bahagian kiri
dada, tidak kedengaran apa-apa. Lantas xray ini dilakukan.
Apa yang adik ini hidapi, adalah penyakit jangkitan kuman yang dinamakan "empyema". Apa yang berlaku?
Melalui xray ini, kita dapat lihat, hampir keseluruhan ruang paru-paru sebelah kiri dipenuhi dengan sesuatu, kemungkinan cecair, (dilihat berwarna putih didalam xray). Penuhnya ia, sampai ia menolak jantung adik ini yang sepatutnya di sebelah kiri, menghimpit ke sebelah kanan. Jika diperhatikan juga pada trachea (salur pernafasan), dilihat berwarna agak gelap berbentuk tiub, menyenget ke sebelah kanan dada kecilnya.
Adik ini segera dimasukkan ke wad. Tanpa berlengah lagi, prosedur chest tube insertion dilakukan. Sebuah jarum bertiub akan dicucuk dan dimasukkan ke bahagian kiri dada adik ini. Hasilnya, keluar cecair berupa nanah pekat, bagaikan teh tarik pekat, mengalir keluar dari tiub tersebut.
Selama tiga hari, adik ini dipasang chest tube. Jumlah nanah yang dikeluarkan, hampir 300ml. Hanya selepas nanah dikeluarkan, barulah adik ini semakin kurang penat, dan oksigen badannya semakin pulih.
Nanah yang keluar tersebut, dihantar ke bahagian kaji kuman, untuk mengetahui apakah bakteria punca kepada empyema adik ini.
Keputusannya mendapati, adik ini rupanya terkena jangkitan Streptococcus Pneumoniae.
***
"Ha, houseman mana yang dah ada anak kecil tu, baik hangpa bawak anak-anak kecik hangpa pi ambik vaksin Pneumococcal. Hangpa dah exposed kat patient S.Pneumoniae, takut nanti terbawak balik kat labcoat ke stetoscope ke, berjangkit kat anak-anak hangpa pula."
Nasihat MO kepada para houseman, apabila keputusan kajikuman telah didapati. Vaksin Pneumokokkal sememangnya sudah ada di negara kita, namun dalam bentuk optional dan tidak disubsidikan. Kekurangan bajet menyebabkan kerajaan hanya mampu memberi subsidi ke atas vaksin-vaksin lain untuk mencegah penyakit lain yang LEBIH berbahaya, termasuklah vaksin HPV yang baru diperkenalkan.
Saya tak berminat berdebat dengan anti-vaksin yang mengutuk/memboikot HPV, saya katakan meh ganti saya untuk seminggu in-charge rawatan chemotherapy, dan anda akan dapati pesakit semuda usia 30 tahun, tanpa latarbelakang kelamin yang mencurigakan, sudah dihidapi Kanser Pangkal Rahim.
Berbalik kepada vaksin Pneumococcal, buat masa ini hanya di-provide oleh swasta. Satu suntikan, RM200 kalau tak silap saya. Bagi siapa yang mampu, usahakanlah. The benefit faaaaaar outweight the cost, apatah lagi the risk.
Apa yang terjadi dengan adik berkenaan? Rawatan antibiotik dimulakan segera. Dua minggu antibiotik melalui intravena, diteruskan lagi dengan empat minggu antibiotik yang diberi melalui mulut.
Itu pun, tidak ada gerenti, tiada permanent damage ke atas paru-paru anak kecil ini. Paru-parunya mungkin mengalami fibrosis, seterusnya deformed permanently, menyebabkan fungsi pernafasan kanak-kanak ini affected sepanjang hayat.
Ramai yang menolak vaksin, berbangga mengatakan "anak aku tak vaksin, sihat je."
Remember, that xray, could be your child's.
Remember, sebelum anak kecil di atas datang ke hospital, dia mungkin telah bernafas udara yang sama dengan anak anda di nursery.
Atau di pasar malam.
Atau di shopping complex.
Atau di kerusi teksi yang anda duduki.
"Streptococcus pneumoniae is normally found in the nasopharynx of 5–10% of healthy adults, and 20–40% of healthy children. It can be found in higher amounts in certain environments, especially those where people are spending a great deal of time in close proximity to each other (day care centers, military barracks)." - Wikipedia.
> http://leokid.my/disclaimer

Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment