Malaysia Jadi Bahan Ketawa Kerana Pemimpin "BADUT"...
Malaysia tidak lagi dihormati masyarakat antarabangsa angkara penempatan “badut, pelawak dan orang gila” mengisi pentadbiran negara, kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.
Mempertikaikan kewajaran melantik ahli-ahli politik yang meragukan itu, Dr Maszlee berkata keberadaan mereka menjadikan suasana politik negara ini tidak matang, sehingga menjadi “bahan ketawa di peringkat antarabangsa”.
“Tak perlu nak kata TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) akan menggadaikan negara, atau masyarakat Cina ingin menjual negara.
“Keadaan politik negara sekarang yang menggadaikan negara, dan ini terjadi apabila anda meletakkan badut, pelawak dan orang gila dalam pentadbiran negara dan politik,” katanya
Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) itu berkata ramai ahli politik diangkat ke jawatan strategik negara melalui percaturan politik, maka rakyat dibebani pemimpin tanpa hikmah untuk menjana idea politik yang bernas.
“Malah pembaca berita New Zealand ketawa ketika membaca berita tentang (diplomat) Rizalman Ismail. Bagaimana dia boleh jadi diplomat? Inilah masalah kita, semuanya lantikan politik,” katanya lagi.
Untuk mengubah keadaan, beliau berkata pendekatan yang drastik perlu diambil dengan “menebang pokok yang sudah rosak”.
“Pokok yang sudah rosak akarnya perlu ditebang dan digantikan dengan yang baru.
“Memang pokok yang baru akan rosak juga, tetapi ia akan mengambil waktu. Dan kita juda sudah ada pengalaman untuk berhadapan dengannya apabila ia berlaku,” katanya lagi.
FMT
http://suarakami13.blogspot.my/2016/02/panas-malaysia-jadi-bahan-ketawa-kerana.html
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment