Home » » mangsa bedil buluh-Izhan Hasyim melecur teruk pada bahagian badan akibat percikan minyak daripada meriam buluh

mangsa bedil buluh-Izhan Hasyim melecur teruk pada bahagian badan akibat percikan minyak daripada meriam buluh

"Ya Allah.... mana silapnya anak2 ni main mercun sampi jadi mcm ni...? Bangsa lain main tak mcm ni pun...
Jangan main terus lah nak...."


#Kanak-kanak Cedera Bermain Mercun..
KABONG: Seorang budak tahun tiga di salah sebuah sekolah rendah di sini menjadi mangsa bedil buluh (meriam buluh) di Kampung Hulu Sessang di sini petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Izhan Hasyim,9 tahun, pada mulanya dikatakan bermain meriam buluh bersama beberapa rakannya di luar rumah.
Bagaimanapun kegembiraan bermain bedil buluh yang sememangnya menjadi antara pengisi suasana di kampung sebelum Hari Raya, berakhir dengan kedukaan apabila bedil buluh yang sedang diletupkan pecah dua dan memercikkan minyak panas serta api yang seterusnya terkena salah seorang budak yang sedang leka bermain.

Ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Timah terkejut mendengar jeritan dari arah luar rumah dan mendapati anaknya melecur teruk pada bahagian badan akibat percikan minyak daripada meriam buluh yang pecah.
Akibat keadaan itu, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Nyabor untuk mendapat rawatan. Mangsa kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah.

Bagaimanapun mangsa kemudian terpaksa pula dibawa keluarganya ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut apabila mendapati keadaannya kecederaan semakin teruk dan membimbangkan.

Ketika di Hospital Saratok, mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching untuk rawatan lanjut.

Mangsa kini dikatakan stabil namun masih berada di HUS Kuching dan belum dipastikan untuk tempoh berapa lama perlu menjalani rawatan di situ.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment