Seorang lelaki warga Sri Lanka akan didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne, hari ini atas kesalahan mengancam untuk meletupkan pesawat Malaysia Airlines MH128.
Portal 9news melaporkan lelaki berusia 25 tahun itu yang tinggal di pedalaman Dandenong bakal menghadapi dua pertuduhan mengikut Akta Jenayah Penerbangan tetapi tidak menganggapnya sebagai insiden keganasan.
Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria, Graham Ashton berkata, lelaki itu akan dituduh cuba menceroboh kokpit dengan mendakwa mempunyai bom sebaik pesawat berlepas dari Melbourne menuju Kuala Lumpur, lewat malam tadi.
Menurutnya, siasatan polis mendapati lelaki itu baru keluar daripada pusat psikiatri di Melbourne, Australia.
“Dia memasuki pusat itu secara sukarela dan tiada apa yang dapat menghalangnya daripada meninggalkan pusat psikiatri itu,” katanya.
Suspek dikatakan bekerja sebagai pelatih tukang masak dan tinggal di Australia menggunakan visa pelajar.
Penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Melbourne sebaik sahaja berlepas malam Rabu selepas seorang penumpang mendakwa memiliki bahan letupan mahu memasuki kokpit.
Pesawat yang membawa 337 penumpang termasuk anak kapal selamat mendarat dan suspek itu dibawa keluar dari pesawat oleh pihak keselamatan lapangan terbang. – Mynewshub
Read more http://www.kualalumpurpost.net/mh128-suspek-warga-sri-lanka-didakwa-hari-ini/
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment