Siapa yang komen kata “dahulu berkomplot dgn RPK dan mengaruhi rakan2 membuat fitnah2 Najib time bakal nak jadi PM dgn niat DSAI menghancurkan politik Najib...Allah Maha Kuasa akhirnya ia RPK membuka segalanya...yg hairan kenapa tak saman RPK kalau dia kelentong..?”
Aku nak Copy and Paste dari Asia Sentinel bukannya dia faham pun.. jadi bacalah edisi Bahasa Malaysia kat bawah ni..
Altantuya bukan saja menghantui Najib malah Pak Lah juga..
Kedutaan Amerika Syarikat dilaporkan sentiasa memantau pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribu, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh laman web WikiLeaks.
Diplomat di Kedutaan Amerika juga dilaporkan sentiasa berbincang sesama mereka samada perbicaraan itu sebelum ini sengaja dilengah-lengahkan. Kebimbangan mereka yang lahir daripada perbincangan sesama sendiri itu adalah berasaskan sumber daripada pihak pendakwa, kerajaan dan juga pembangkang.
Laporan kabel itu juga menyebut tentang kemungkinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan itu untuk menghalang Najib daripada menjadi Perdana Menteri pada masa itu – satu dakwaan yang didiamkan akhbar arus perdana Malaysia.
“Terdapat spekulasi meluas di kalangan komuniti dalam talian di Malaysia berkenaan kemarahan Abdul Razak Baginda, termasuklah teori konspirasi bahawa Pejabat Perdana Menteri pada masa itu menggesa Razak Baginda mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak..sebagai galang ganti kepada keputusan bersalah Razak Baginda dan hukuman mati yang mungkin dikenakan kepadanya,” kata diplomat Amerika seperti dilapor kabel itu.
Altantuya yang bertindak sebagai jurubahasa dan orang tengah dalam urus niaga kapal selam Scorpene buatan Perancis dibunuh dua pengawal peribadi Najib, Cif Inspektor Azilah Hadri, 30 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35 yang didapati bersalah pada April 2009.
Najib yang merupakan Menteri Pertahanan pada masa itu mengetuai urusniaga itu dan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib dikatakan memperoleh ‘komisyen’ RM534.8 juta di atas urusniaga itu.
Altantuya dilapor dibayar AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.
Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba “memeras ugut” Razak Baginda.
Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.
Dalam satu kabel bertarikh January 2007 ada disebutkan bahawa dalam pengakuannya Razak Baginda mengesahkan ada meminta pertolongan Musa Safri, yang kemudiannya dikenalpasti sebagai aide-de-camp Najib, untuk menghapuskan Altantuya.
Dalam satu kabel lain bertarikh 16 May 2007 pula, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, yang merupakan pembantu kepada mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat bahawa beliau pasti “pendakwa raya kerajaan akan menghadkan perbicaraan kepada pembunuhan dan ketiga-tiga tertuduh semata-mata, pendakwa raya enggan membongkar tuduhan lain berkaitan rasuah atau pun suspek lain”.
Artikel diatas dari Keadilan daily dan artikel dibawah pula dari Malaysiakini..
Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya
Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.
Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.
Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.
Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.
Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.
Abdul Razak Baginda (kiri) - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya -
dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.
Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.
Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya
sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.
Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.
Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.
Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia.
Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya.
http://suarakami13.blogspot.my/2017/04/pendedahan-wikileaks-yang-tak-akan.html
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment