Home » » perkahwinan saya dah berusia 13tahun..suami penagih tegar ganja saya tak sanggup berpisah kerna layanannya hebat sekali

perkahwinan saya dah berusia 13tahun..suami penagih tegar ganja saya tak sanggup berpisah kerna layanannya hebat sekali



Assalamualaikum..
Alhamdulillah finally Sy jumpa button msg di page krt 😖

Sy nak cerita tentang perkahwinan sy dah berusia 13tahun..
Suami Sy bekerja swasta pendapatan sederhana.
Sy pula berniaga online sejak 9 tahun lepas.
Income sy tetap seperti pekerja2 yg makan gaji.
Alhamdulillah rezeki ank2..


Kami ade 3 org ank perempuan sulung 12 tahun
Ke2 10tahun, yg bongsu berumur 1tahun.
Dua lelaki , 1 perempuan
Masalah Sy ialah suami Sy mengisap ganja.
Dia hisap ganja seperti hisap rokok.
Erti kata lain 24jam kepala berisi.
Time tidur je x..


Lain2 masa semua berisi,
Sebelum pergi kerja, sebelum makan, selepas makan, sebelum berak, semua yg dia laki kan mesti kena isap dulu la, even sblm bersetubuh pun dia akn sedut .
Pada awal perkahwinan Sy tak nampak kesan negatif apabila dia mengambil ganja,


Jadi Sy masih bersabar dalam hati berharap suami Akan berubah 1 hari nanti.. tetapi semakin hari sy semakin nampak kesan buruk nya, apabila dia tak hisap lama sikit ja, dia jadi seorg pemarah. Sikit punya Hal boleh bergaduh besar..
kalau dia hisap dia boleh ketawa2 dgn ank2..
Bila tak hisap ank bercakap dgn nada biasa pun dia kata ank melawan dia. Siap lah dia membebel marah kan ank, kadang2 tgn pun naik..
sedih hati Sy, allah je yg tahu..


Mmg Sy pun jenis garang dgn ank2, tapi sbg mak yg melahirkan, tipu lah kalau Sy xterguris bila ank di perlaku kan bergitu. Kalau ank tu mmg salah, ajar lah dgn cara elok.. pukul boleh, tapi pasti kan dia rasional .Sy xrela ank Sy di jadi kan tempat melepas kan marah sbb gian..
Kami mmg selalu bergaduh.. percaya lah Sy ckp Xde rumah tangga yg boleh aman kalau suami menghisap benda2 ni..dia rasa dia je yg betul, yg buruk2 semua isteri, sedangkan isteri bersusah payah mencari nafkah sama2 utk keluarga.


Perbelanjaan keluarga semua Kami bahagi 2..
Yg xckup, Byk Sy tambah utk cukup kan.
Kdg2 mak dia kt kampung, mak dia ade masalah duit, Sy yg terpaksa bg, kata nya Pinjam, sampai skrg Xpernah byr pun


Tapi Setiap kali bergaduh dia lupa semua tu, Sy Sering kali cuba utk melindungi supaya Kami tidak bergaduh depan ank, tapi jenis suami ni, dia xpandai nak protect ank, kalau boleh nak bergaduh depan ank bru dia puas hati..
Jenis sy, suka berbincang di WhatsApp
Ape xpuas hati semua WhatsApp je, kalau perbincangan tu jadi gaduh pun xsiapa tahu..
Dia pulak X mcm tu, kalau boleh gaduh biar semua org tahu.. depan org pun dia xkisah nak bergaduh..


Jenis bergaduh suka hina2 bini, bayang kan dia boleh jerit depan rumah jiran ckp bini ni sundal, ade jantan.. padahal dia tahu Sy Xde jantan lain.. sengaja dia fitnah bini supaya org fikir bini dia jahat..Sy xfaham dia ni manusia jenis apa..lansung hilang Malu bila marah, kalau marah semua keluar .. tikam2 hati sy dgn kata2 dia smpai hancur.. 


nanti dia dah sedap, dia boleh termenung dan terfikir .. mula la dia buat baik seperti tiada apa yg berlaku. Mcm dah jadi kebiasaan menghina isteri ni, da Xde ape bg dia.
13 tahun Sy sabar dgn hidup mcm ni sebab fikir kan ank2.m.. Sy tak mahu ank2 Sy membesar tanpa seorg bapak, Sy Cuba untuk bersabar walaupun suami Sy xseperti org lain..


walaupun sejak kahwin dia tak pernah Imam kan sy 😭 apetAh lagi untuk mengajar ank2 ttg agama.. skrg ank lelaki Sy dah besar, dah pandai bersoal kenapa ayah tak sembahyang mcm Kami.. Sy xtahu nak jawap ape 😭
Bayang kan lah.. berapa lama Sy bersabar tapi Xde nampak sikit pun dia nak berubah..
Kalau betul dia syg kan Kami sekeluarga, pasti dia Akan Cuba utk berubah. Ni tak.. asik menegak kan diri dia betul, ambil ganja tu bg dia tak salah..
yg salah bini ni yg asik suruh dia berhenti..

Smlm Kami bergaduh lg.

Sebab benda tu jugak.. ank lelaki ade depan Kami, dia boleh mengaku dia hisap ganja depan ank, bodoh tak ? Bila Sy marah balik dan tanye dia nampak tak ank ade dekat situ? Dia Kate biar.. biar je ank dgr dan tahu bapak dia isap ganja, tapi bapak dia tak kacau org.. Sy mengamuk.. Sy cakap Sy dah xsanggup nak hidup mcm ni, selama ni apa dia buat Sy terima, tapi bila dia nak bg pengaruh buruk dekat ank, nak rosak kan pemikiran ank.. Sy tak boleh sabar.. Sy xnk ank2 jadi mcm dia..
Tahu dia ckp ape?
Dia kata x apa ank jadi mcm dia, Dari jadi macam sy..? Maksud dia jdi mcm Sy tu kurang ajar la...


Dan bermula la sesi perang mulut, mcm2 dia ckp sy, ade yg lansung xberasas.. sengaja je dia nak bg ank2 dengar, jiran2 dengar, modal yg same, perkataan sama.. dulu2 dia berani naik tgn bila bergaduh tapi sejak Sy balas balik, dia dah stop naik tgn..
Kalau dia tampar Sy, Sy tampar balik, dia tendang Sy tendang bqlik..Sy dah tak takut skrg..
Hati Sy dah tersgt tawar..
Hilang dah hormat pd dia..
Xsanggup dah nak terus kan..
Tekanan jiwa rasa


Masalah nya tiap2 kali gaduh pasti dia ckp dia tak akn lepas kan Sy sampai bila2.. tapi dia juga xkan berhenti hisap sampai bila2, keluarga dia pun tak pernah larang dia, jadi Sy tiada hak utk me larang
Tu la org yg kurg akal, hina beriya2 tapi masih nak simpan lg.. mungkin saja nak seksa sy kot 😭
Skrg Sy nak cari kekuatan untuk tinggal kan dia,
Harap2 Sy kuat.. walaupun kdg hati rasa tak sampai..


kisah rumah tangga-page

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

1 comments:

  1. as slm... sya baru berkahwin sblum bln puasa yg lps... skrang sya baru tau suami penagih ganja...macam x de apa2 tapi...rasanya sya ada masalah ala2 seperti puan...saya ingin mengetahui terus gejala penagihan ganja ni. Saya x terdedah dengan benda ni.

    ReplyDelete