Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Trimas admin kalau publishkan cite aku ni. Aku seorang isteri dan apa yang aku nak ceritakan adalah tentang pengorbanan seorang suami. biasa kita dengar pengorbanan seorang isteri, ibu dan ayah kan? So jom baca cerita aku. Aku ada seorang suami. suami aku ni kalau tengok dengan mata manusia biasa, biasa2 saja orangnya. takde apa yang menarik pun di mata korang, tapi menarik di mata aku. sebab apa? sebab peribadi beliau.
Bila aku nak mula menaip ni je, mata aku dah semacam bergenang dengan air mata. Suami aku ni tak seperti suami orang orang lain, kerja beliau adalah dari pagi, hingga ke lewat malam. kadang2 tu sampai ke pagi semula. angkat barang2, memandu jauh2, kadang2 menghadap kepanasan matahari di tengah2 aku berada redup dalam rumah. Sejak kami kawin dan sampai sekarang, kulit muka suami aku makin hari makin gelap. di bawah mata suami aku makin hitam tanda tidur yang tak cukup, rambut beliau makin hari makin menipis tanda berfikir terlalu banyak, urat2 di tangan beliau timbul, menunjukkan betapa beliau bekerja keras demi aku dan famili. Kadang2 tu, demi untuk berjimat, beliau pernah cakap denganku yang beliau tak pasang aircond dalam kereta waktu kerja sebab nak jimat minyak, lalu memandu di tengah tengah matahari terik berhawakan panas kering,
Tapi beliau takkan buat macam tu kalau kami ada sekali. Suami aku ni sejenis pendiam, apa saja masalah yang beliau hadapi di luar rumah, tak pernah sekalipun beliau tempiaskan masalah tu pd kami isteri dan anak anak. Cuba bayangkan, jika nasib beliau baik, beliau dapat balik awal, dengan wajah ceria beliau akan buka pintu rumah dan bagi salam, lepas tu akan peluk cium anak2 kami, dan WAJIB di tangan beliau akan ada hadiah untuk anak anak aku. Tiap kali balik dari kerja macam tu la beliau. Padahal aku tahu, dengan keadaan wajah beliau yang berminyak dan kulit yang makin gelap tu, beliau letih sebenarnya, tetap jugak mencari rezeki yang terbaik untuk kami. Satu hari tu, aku nak basuh baju dan seluar beliau, aku ternampak tali pinggang yang beliau guna dah terlalu lusuh, kulit tali pinggang tu dah tertanggal2 dan reput. Aku tahu bukan beliau taknak beli tali pinggang baru, tapi beliau rasa selagi boleh pakai dan tak rosak, beliau akan gunakan.
Itu yang aku nampak pada sikap beliau. Tapi untuk kami di rumah ni, tak pernah satu sen pun beliau berkira. Apa yang kami nak semua beliau bagi sampai kadang2 tu aku rasa tak sampai hati plak tengok sebab aku tahu mcmana beliau nak dapatkan rezeki untuk kami. Beliau selalu sebut, dulu waktu beliau kecik2 beliau teringin nak sesuatu tapi tak dapat. Oleh kerana kemiskinan dan kesusahan hidup, dan juga adik beradik yang ramai. tambah pulak beliau abang sulung, jadi memang banyak benda beliau teringin tapi tak pernah dapat. sebab tu lah bila beliau ada anak, beliau sedaya upaya mengembirakan anak kami mcm tu. Kalau waktu tidur, selalu aku dengar suami aku berdengkur kuat. Kuat yang sampai aku rasa mcm ada rimau tepi aku. Punya la kuat berdengkur. tapi aku tak marah, sebab aku tahu beliau penat untuk kami. Pelan pelan aku picit hidung suami aku supaya pernafasan beliau okay balik. (beliau yg suruh buat mcm tu klu berdengkur huhu). Suami aku jugak seorang anak yang sangat taat kepada mak ayah beliau. Tambah2 kepada mak beliau. Beliau kalau salam mak mertua aku, cium dahi berkali2 tanda hormat dan rindu. Aku pernah tanya beliau soalan cepumas, ” Kalau lah abang ada waktu selama 6 bulan je untuk hidup, apa yang abang akan buat?”. tu soalan aku.
Kami memang selalu main game mcm ni. Kadang2 dlm whatsapp kami, aku akan send – ” List kan 3 perkara yang abang suka, dan 3 perkara yang abang nak adik (beliau panggil aku adik) improve kan untuk masa depan.” – So, game2 mcm ni nampak simple tapi cara mcm ni la yg kita boleh tau hint kekurangan diri kita untuk kita improve, juga dari pihak suami. (dah masuk bab motivasi la pulak). So berbalik pd soalan aku pd suami aku tadi, beliau diam pastu beliau jawab tenang je ” abang akan berbakti pada mak abang. ” Nampak kan jawapan beliau selari dengan syurga seorang suami tu di bawah tapak kaki ibunya. Aku sangat bersyukur di berikan peluang untuk hidup di sisi seorang suami yang baik mashaAllah. Tapi dalam kebahagiaan kami, kami pun pernah jugak melalui fasa ujian rumahtangga yang wajib di lalui oleh semua pasangan. Lumrah la tu. Jadi kat sini aku nak share langkah2 yg aku buat bila di timpa ujian dlm rumahtangga. Moga2 ada manfaat untuk kaum kita.
Untuk isteri2 luar sana yang masih mempunyai suami dan kalau lah suami korang tak seperti yang korang harapkan (korang sedih, korang kecewa, korang ingin di perlakukan dengan sebaik mungkin, korang ingin di fahami, korang nakkan toleransi dalam perkahwinan, sama2 buat kerja dan faham tanggungjawab, korang taknak ego dalam rumah, dll), cuba buat. InshaAllah berkesan mengubat hati yang lara.
1. Aku solat taubat. Bersihkan diri aku dari dosa2 dulu. Kita tak boleh nak marah2kan suami kita sebab kita sendiri pun ada dosa dengan Allah. Sama2 dosa. So, sebaiknya Solat Taubat.
2. Cintakan Tuhan dulu, baru cintakan makhluk Tuhan. Bermaksud, kita kena rasa cinta Allah tu dulu. Macamana nak feel cinta Allah kepada diri kita? aku bagi benda paling simple yang kita boleh buat, walaupun dalam office atau tgh jual nasi lemak. BACA TERJEMAHAN AYAT AL QURAN. Beli satu Quran terjemahan yang kecik, then bawak pegi mana2, bukak dan baca. Nanti kita para isteri ni, akan terkejut dan terperanjat dengan cara Allah berkomunikasi dengan kita melalui ayat Al Quran.
3. FORGIVE AND FORGET. Apa2 yang berlaku dalam rumahtangga kita, kita maafkan dan kita lupakan mcm ianya tak pernah berlaku. maknanya kita boleh sedih kecewa, tapi jangan lama. Kejap je. Bangun balik dari kejatuhan. Bukak buku baru muka surat baru. Tak payah nak throwback sangat. yang Future is coming.
4. Percaya lah kuasa DOA ! Suami korang mungkin lambat untuk berubah sebab susah nak ubah sikap seseorang. Tapi segalanya mudah dengan DOA. Kalau korang ada masa, beli lah buku dari ” Prof Dr kamil : Bersyukur Saat Diuji ” dan lihat bagaimana isteri penulis tak henti2 doa selama bertahun tahun, baru Allah bukakan pintu hati untuk penulis. Kuasa doa seorang isteri.
5. Belajar Bersyukur. syukur kita ada suami. Ada sebelah kanan kita kematian suami, sebatang kara membanting tulang menjadi ibu dan ayah pd anak2. Ada pulak orang sebelah kiri kita, masih tak bertemu jodoh dan teringin memiliki seorang suami. Ada pulak org di depan kita, sang suami sakit terlantar menguji kesabaran, sedangkan suami kita sihat menggemuk. dan ada pula orang di belakang kita, yang kehilangan suami tanpa kabar berita gantung tak bertali. Betul lah kita ni manusia, kita ni selalu marah2 merungut2 sebab kita ni nakkan kehidupan yang perfect. sempurna segala serbi. Kalau tak berpandukan piawaian kita, kita marah. Padahal kita lupa, perkongsian hidup tu, bermakna sama2 sharing piawaian. Suami pun ada piawaian diorang, mcm tu jugak kita. ia tentang bersama sama, bukan satu individu. Hormati cara suami, dengan izin Allah, suami akan hormat pada kita. Percaya lah.
Bersabar lah duhai wanita syurga, kita menjadi suami isteri di atas bumi yang Allah ciptakan ni sekejap je. Nama kita dan suami dah tercatit oleh Allah untuk bersatu, maknanya Allah tahu kita sangat sesuai untuk suami kita, dan suami kita pun ngam2 untuk kita. dah cantik aturan tu. Perfect for each other.
Akhir sekali untuk wanita yang aku sayangi, aku sayang korang sangat2. Untuk itu, jom sama2 kita baca dan fahami balik, kenapa kaum kita yang banyak menjadi penghuni neraka kelak? (nauzubillah)
“ Saya diperlihatkan neraka. Saya tidak pernah melihat pemandangan seperti hari ini yang sangat mengerikan. Dan saya melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita. ”
Mereka bertanya, ‘Kenapa wahai Rasulallah? Beliau bersabda, ‘Di sebabkan kekufurannya.’ Lalu ada yang berkata ‘Apakah kufur kepada Allah?’ Beliau menjawab, ‘Kufur terhadap pasangannya, beerti mengingkari kebaikannya. Jika kamu berbuat baik kepada salah seorang wanita sepanjang tahun, kemudian dia melihat kamu (sedikit ) keburukan, maka dia akan mengatakan, ‘Saya tidak melihat kebaikan sedikitpun dari anda.” (HR. Bukhari, no. 1052)
Salah satu penyebab perempuan di heret masuk ke dalam api neraka adalah kerana KUFUR NIKMAT PADA SUAMI. Semoga kita isteri2 akhir zaman ini,menjadi wanita penyejuk di mata, penenang di hati suami kita. Maaf kalau tulisan agak tak teratur dan maaf juga kalau terkasar bahasa. Yang baik tu datang dari Allah, dan yang buruk tu dari kelemahan aku sendiri.
Wassalam.
NJ
– NJ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment