Cerita Salleh Talib dan Jamil Ahmad yang dibebaskan dari penjara dengan pengampunan setelah mencipta sejarah sebagai tahanan paling lama menjalani hukuman penjara di negara ini bukanlah setakat cerita yang tiada pengajarannya.
Cerita benar ini boleh dijadikan teladan kepada insan-insan lain
terutama sekali bagi mereka yang sering bertindak mengikut nafsu.
Apabila dibebaskan dengan pengampunan, kedua-duanya memanjatkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana kini mereka dapat menghirup udara bebas selepas lebih separuh usia dihabiskan di dalam penjara.
Kedua-duanya yang bersahabat dijatuhkan hukuman sepanjang hayat pada 1976 selepas terbabit dalam rompakan bersenjata api dalam satu kejadian di Alor Star.
Setelah menjalani hukuman penjara selama 30 tahun, 11 bulan dan 9 hari, mereka diberi pengampunan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan telah dibebaskan.
Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar untuk kita semua.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over
0 comments:
Post a Comment