Home » » Dah la mak bapak korang menumpang rumah aku, korang plak bagi semak rumah aku

Dah la mak bapak korang menumpang rumah aku, korang plak bagi semak rumah aku

Assalammualaikum warga KRT.Admin tolong hide profile saya ya.
Tertulisnya kisah saya di sini bukanlah nak aib kan sesiapa. 


Tapi saya betol-betol dah tak tahan dengan keadaan yang harus saya hadapi sekarang. Nak mengadu pada suami, kesian pulak nak susahkan hati dia dan saya tak nak dia rasa lagi tambah kecil hati.



Kisah nya begini. Kami berkahwin pada usia semuda 22 tahun atas dasar suka sama suka selepas tamat diploma. Saya di bidang accauntancy suami pula engineering. Lepas tamat belajar Alhamdulillah kami dikurniakn rezeki pekerjaan dalam bidang masing-masing. 

Oleh kerana kami berdua anak merantau di ibu kota, kedua belah family kami sarankan kami untuk berkahwin. Sekarang sudah 6 tahun usia perkahwinan kami. Kami dikurniakan 2 cahaya mata dan 1 dalam kandungan.

Selepas setahun berkahwin, ayah mentua saya meninggal dunia, arwah telah wasiatkan harta untuk suami dan adik bradik yang lain. 


Pada mula kami rancang mahu invest dan simpan saja harta peninggalan tersebut untuk masa depan ank-anak dan masa tua kami, tapi bila masuk kandungan ke dua, saya alahan teruk sehingga terpaksa berhenti kerja kerana setiap hari saya pitam. Pernah 4 kali pengsan di office. Bos saya nasihat untuk saya berehat saja di rumah kerana bimbang kan kandungan saya.

Oleh demikian, kami berbincang dan setuju untuk gunakan harta peninggalan bagi tujuan bisnes. Alhamdulillah bisnes kami maju. Allah nak duga kami, selepas 3 tahun syarikat kami diishtihar bankrup atas sebab berkaitan dengan adik bradik suami (tak perlu saya terangkan di sini).


Habis rumah kami kereta di sita. Saya pula disahkan mengandung 11 minggu. Allah. Berat sungguh dugaan. Suami ada 7 adik beradik. Masa bisnes suami maju, suami selalu tolong adik beradik dan langsung tak berkira. Bila suami jatuh, semua buat tak tahu. Padahal punca suami bankrupt datang dari kerana tolong salah seorang adik beradik dia. Paling sedih mak mentua pun tak nak hiraukan kami. 


Saya anak tunggal dalam keluarga. Ayah saya tidak lah sekaya family suami tapi boleh dikatakan family saya orang senang juga. Saya tak suka nak susahkan sesiapa tetapi saya betol-betol perlukan tempat untuk menumpang.
Jadi berpindah lah kami empat beranak ke rumah ayah ibu saya. (Anak ke 3 dalam kandungan, usia minggu ke 12). 


Suami mula mencari kerja. Alhamdulillah suami diterima kerja di sebuah syarikat kecil engineering dengan gaji yang kecil. Syukur yang penting dapat kerja.

Pada mula ayah dan ibu tiada masalah pun dengan kami. Selepas sebulan kami menumpang, yang saya perasan, ayah saya mula sindir-sindir kami. Saya sedar saya menumpang. Makan minum kami anak beranak pun mereka yang tanggung. Kami bagi jugak skit duit belanja tapi tak dapat bagi banyak sebab belanja pampers dan susu anak-anak. 


Bila saya cuba hulir pada ayah dan ibu rm400, mereka kata setakat banyak ni baik kau simpan je. Ya Allah sedih hati saya. Paling pilu ayah tak habis-habis sebut menyesal kahwinkan saya dengan suami. Kalau tahu perkara ni yang jadi dia dah kahwinkan saya dengan anak kawan dia, pilot. Paling saya terasa dan sedih bila anak saya buat sepah, ibu kata pada anak, da la mak ayah kau menumpang, kau pulak buat macam rumah sendiri. Ya Allah. Kami ni darah daging mereka. 

Sekarang saya lg 2 bulan mahu bersalin. Sekarang suami simpan duit sikit-sikit untuk deposit flat . Kami nekad untuk berpindah. Saya betul-betul sedih dan terkilan, padahal masa kami ada bisnes, tiap tahun kami bawa family saya dan mentua melancong. Bila kami susah, darah daging sendiri buat kami macam ni. Saya menangis tiap malam sambil usap rambut suami yang nenyak tido kepenatan kerja.


Saya dah tak tahan pendam seorang diri. Saya pohon para pembaca doakan rezeki kami. Dapat kami berpindah ke rumah sendiri dan mulakan hidup baru.
Doakan semoga saya selamat bersalin ogos ni. Doakan semoga saya sihat untuk bekerja semula demi anak-anak dan menolong suami. Sekarang dalam dunia saya hanya ada Allah, suami dan anak-anak.


Apa yang saya mahu kata kan di sini, anda sangat bertuah jika dalam susah keluarga anda masih bersama anda. Tidak semua, tetapi bila kita dalam kesusahan, bukan kata orang, darah dafing kita sendiri akan pandang kita hina.
Sekian terima kasih.

Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment