Home » » Kerajaan Negeri Johor Umumkan bonus RM1000 kepada warga Johor

Kerajaan Negeri Johor Umumkan bonus RM1000 kepada warga Johor

PENJAWAT awam kerajaan negeri Johor bakal menerima bantuan khas kewangan RM1,000 sempena Aidilfitri tahun ini.



Perkara itu diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani menerusi kenyataan media, hari ini.

“Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam kerajaan negeri bersempena Aidilfitri tahun ini.

“Pemberian bantuan kewangan ini bagi meringankan beban kewangan penjawat awam dan semoga akan memeriahkan lagi sambutan Lebaran kali ini,” katanya.

Menurutnya, bantuan khas kewangan itu bakal dinikmati seramai 19,100 kakitangan awam negeri itu yang akan diberi pada 16 Jun ini. – Harian Metro



Thanks for reading & sharing Terlajak Over

Previous
« Prev Post

0 comments:

Post a Comment